Kenapa Buah Cempedak Di Luar Pagar?




Assalamualaikum

Kita biasa dengar atau baca pantun ni.

Kenapa buah cempedak di luar pagar?
Biasanya sesuatu yang di luar pagar adalah bukan milik mutlak kita.
Boleh jadi milik jiran sebelah, milik pihak berkuasa tempatan, ada di tanah wakaf, milik umum atau di mana saja.

Lepas tu, boleh ke suka suki suruh orang ambil galah tolong jolokkan?

Sebenarnya dua baris pertama pantun dia atas hanyalah pembayang untuk
“Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan”

Begitu beradabnya cara orang dulu-dulu menuntut ilmu. Perakuan orang yang baru belajar, andai ada salah dan silap harap diperbetulkan. Ini juga telah dinyakan dengan cara yang bersopan dan merendah diri.

Berbalik pada cerita ‘cempedak di luar pagar’ tadi. Ianya diibaratkan seperti ilmu. Definisi ilmu itu luas dan ilmu ada dimana-mana sahaja. Ilmu bukan juga milik perseorangan (tidak berada di dalam pagar) tapi boleh ‘dijolok’ atau dituntut oleh semua kerana ianya berada di luar pagar, jadi ia adalah milik umum.
Ilmu juga boleh dipelajari dengan pelbagai cara, contohnya dengan meminta bantuan orang lain mengajarkannya kepada kita.
Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan
“Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan”

Wallahu a’lam.

Buah cempedak di luar pagar yang telah menjadi cempedak goreng 🙂

Sekian. Wassalam.

Rujukan: abdnaddin.blogspot.my dan lain-lain.

5 thought on “Kenapa Buah Cempedak Di Luar Pagar?”

  1. hainom OKje says:

    Lama tak makan cempedak goreng!
    Kat dlm pagar pun tak ada pokok cempedak, apa tah lagi kat luar pagar hihi…. berapa cempedak sekilo ek sekarang

  2. Wah, cempedak goreng, kalo di sini lebih banyak nangka goreng sih 😀

    Betul tuh, sepertinya orang dahulu membuat sesuatu pasti ada aja maknanya haha

  3. Khir Khalid says:

    Makan cempedak goreng sambil belajar pun best juga.. tp klu dalam kelas makan nanti cikgu marah hehe 🙂 🙂

  4. SalbiahM says:

    cempedak goreng kat kedai..ambil duit tolong belikan..hehe

  5. dear anies says:

    xkisah kt luar pagar ke atas rak supermarket ke… tolong gorengkan boleh? hahaha

Leave a Reply

Related Post