Family Recipes Uncategorized

Cucur Viral

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu.

Semenjak terbaca tentang cucur viral di blog Lady In Red Planner, teringin pulak nak cuba.
Resipi asal di sini.

Rupanya bulat-bulat comel..
Rangup diluar tapi gebu gebas di dalam…aawwww 😀

Tapi saya ubah siket resipi sebab nak buat cucur adik beradik sayuran.
Kebetulan kuah kacang yang dibagi oleh kakak ipar masih ada lagi, jadi boleh lah dijadikan bahan pencicah.

Jom tengok resipi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas
  • Garam sesedap secukup rasa
  • 1 tangkai daun saderi*
  • 1 biji bawang merah sederhana besar*
  • Sedikit carrot (ambik dalam 5cm)
  • ….bahan bertanda * sila cincang halus.
Sorry..bentuk tak berapa bulat. Tangan Mak tak berapa nak seni 🙁

Cara-cara:

  • Campurkan tepung dan bahan-bahan cincang ke dalam mangkuk 
  • Campukan air panas. Gaul rata guna sudu, jangan guna tangan….sebab panazzzz
  • Bila dah suam-suam kuku….bentukkan bulat2 dan letak kat bekas/pinggan/dulang…(atau apa2 aje). 
  • Dah siap bentukkan bulat2, bolehlah di goreng.
  • Bila dah masak, hidangkan dengan sos atau apa-apa bahan pencicah kegemaran.
Selamat mencuba.

Siapa kata yang bulat itu tak comel 😀 

Sekian. Wassalam.

 #whitebarley #cucurviral

18 thoughts on “Cucur Viral”

Leave a Reply