Islam Uncategorized

Amalan di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian tentang amalan-amalan di 10 hari pertama di bulan Zulhijjah:

  • Zikir
  • Puasa 9 hari di bulan Zulhijjah
  • Khatam Al-Quran 
  • Baca:
  • Baca:
  • Qiyammullail (setiap kali sujud Allah angkat 1 darjat dalam syurga, tapi dalam bulan Zulhijjah Allah angkat 700 darjat).
  • Dapat pahala haji dan umrah yang sempurna (Jika solat subuh di masjid takbir sama-sama imam / duduk di masjid hingga matahari keluar. Tunggu dan sambil zikir. Kemudian, solat 2 rakaat dan zikir) 
  • Iktikaf pada 9 Zulhijjah. In shaa Allah di maqbulkan doa-doa. Puasa 1 hari pada 9 Zulhijjah Allah beri pahala 2 tahun puasa.
  • Iftar. Bagi orang makan berbuka puasa dapat sama pahala orang yang berpuasa.
  • Ehsan pada ibu bapa. Jika sudah meninggal dunia, doa, sedekah, istighfar untuk mereka.
  • Silaturrahim sangat penting disambungkan supaya amalan diterima.
  • Baca surah Al Ikhlas 10x (dibina 1 rumah di dalam syurga)
  • Jaga solat-solat sunat
  • Istighfar 100x sehari
  • Beri salam kepada semua umat Islam yang dijumpai
  • Jaga lidah
  • Ehsan kepada jiran-jiran. Jangan berbuat jahat sesama manusia.
  • Muliakan tetamu.
  • Infaq fisabilillah.
  • Ziarah orang sakit.
  • Bantu orang lain. Allah akan tolong kita dunia dan akhirat.
  • Jangan tingalkan selawat. 
  • Doa untuk kawan-kawan. Pasti Allah akan terima doa untuk orang lain dan malaikat akan berdoa untuk kita.
  • Baca surah Al Kahfi di malam jumaat
  • Solat 5 waktu di masjid
  • Hapuskan hasad dengki. Bersihkan hati kita.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari yang lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah)’ – Hadith Riwayah Al Bukhari

Semoga segala amalan kita diterima.
Sumber: Perkongsian sahabat – rujuk nota kuliah Sheikh Said, Masjid Hidayah, Penchala

…Verily, with the hardship, there is relief. Verily, with the hardship, there is relief – Al Insyirah 5-6

Sekian. Wassalam.
2nd & 3rd pic : Google

5 thoughts on “Amalan di Bulan Zulhijjah”

Leave a Reply