Cerita Uncategorized

Antara Mi Ayam Dan Ayam Mi

Assalamualaikum
Sebenarnya bukannya nak cerita pasal mi ayam sangat, tapi nak cerita tentang asal usul mi segera.
Mi segera (baca : instant noodle) adalah mi separa masak yang dikeringkan. Biasanya mi segera dimakan setelah dimasak atau direndam selama 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah disertakan bersama dengan bungkusan mi segera. 
Kalau lihat di pasaran, bukan saja perisa ayam, macam-macam perisa pun ada. Ada kari, asam laksa, tom yam dan macam-macam lagi.
Tapi tak boleh nak ambik gambar-gambar banyak-banyak kat Giant tadi. Takut pulak kena marah dengan bangla yang jaga kat situ…huhu

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun yang berketurunan Taiwan, Momofuku Ando. Beliau adalah pengasas syarikat Nissin Foods, yang juga merupakan salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin ramen (ramen segera berperisa AYAM) di Osaka.
Pada tahun 1971, Nissin memperkenalkan mi cawan, iaitu mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya adalah menambah sayur-sayuran kering di dalam bungkusan mi segera.

Begitulah sedikit sebanyak sejarah mi segera.

Apa pulak kaitannya dengan ayam mi?…
Errrmmmm…korang google lah sendiri.

Sekian. Wassalam.

Rujukan utama : wikipedia (mi segera)

#jagakesihatan

5 thoughts on “Antara Mi Ayam Dan Ayam Mi”

Leave a Reply