Nostalgia Kopi O Kampung Pengkalan Raja




Assalamualaikum

Kopi O Kampung 

Kopi bukan sebarang kopi
Kopi dari Pengkalan Raja
Kalau beli bungkus ikat tepi
Straw air jangan lupa 🙂

Kebetulan Abang saya balik ke Pontian dan singgah ke gerai ni. Dapatlah dia belanja gambar
..haha (sabar aje lah).

Kopi ni memang sedap. Masa kecik-kecik dulu selalu jugak pergi gerai ni.
Sebenarnya ada banyak kenangan saya dekat kampung Pengkalan Raja dan juga di Pekan Nanas, Pontian.

Berbalik pada cerita kopi O Kampung. Rasanya memang best. Asli. Rasa kopi sebenar.
Sesuai sangat kalau nak minum lepas makan nasi goreng macam kat gambar tu.

Kalau nak dapatkan kopi O Kampung ni, boleh contact nombor yang ada digambar atau datang saja ke gerai Za & Za. Lokasinya di jalan besar antara bandar Pontian ke Pekan Nanas

Gerai Za&Za, Kampung Pengkalan Raja

Selamat mengopi…
Sekian. Wassalam.

18 thought on “Nostalgia Kopi O Kampung Pengkalan Raja”

  1. paridah says:

    SEDAPNYA LOPI KAMPUNG DH LAMA XMINUM KOPI

    1. admin says:

      Betul Kak..saya pun suka kopi kampung

  2. tiga lalat says:

    dah dekat sgt kampong wak nih., tapi kopi o kureng sikit ., ;p

    1. admin says:

      Ntah2 Wak ni org kampung sebelah aje

  3. tiga lalat says:

    ammvoii byk kenangan kat kampong pengkalan raja erk ., hehe2

    1. admin says:

      Kenangan main masak2 dengan piah, leha, nini, sarah, ina…..

  4. Jari Manis says:

    JM pun suka kopi O..kalau turun Pontian leh cari

    1. admin says:

      Jom..sedap kopi ni JM

  5. Bunda_nora says:

    Dengar cerita pon dah terbayang keenakkannya…walaupun bunda bukan pengopi sangat…hehehe

    1. admin says:

      Saya ni memang suka kopi..jom la try Bunda

  6. raihanah says:

    oo mesti sedap betul ni. teringin pulak nak try

    1. admin says:

      Silakan Raihanah…tak rugi cuba

  7. dear anies says:

    sy cuma tau kopi cap televisyen n cap tupai je… eh lg 1 cap motosikal 😉

    1. admin says:

      Anies…kopi kapal api dan kopi hang tuah dilupa jangan… 🙂

  8. hainom OKje says:

    Aduhhh tetiba pulak nak buat air kopi dah.
    Kopi kat rumah ni, kopi 434 je FS

    1. admin says:

      Asalkan kopi..memang best Mak. yang penting 'air tangan' sapa yang buat..hihi

  9. Khir Khalid says:

    Kopi kampung mmg best.. minim bnyk pun tak pening kepala mcm sesetengah kopi import.. best2

    1. admin says:

      Tau tak pe..
      "Belilah Barangan Buatan Malaysia"

Leave a Reply

Related Post