Salted Gula Melaka




Buah nangka bermacam jenis,
Sekati harganya 50 sen,
Gula melaka bukankah manis?,
Kenapa kali ni rasanya masin?… 😀

Semalam kat opis ada kawan jual granola. Pernah juga beli sebelum ni. Rasanya memang sedap dan ada pelbagai perisa.
Kali ni saya mencuba perisa salted gula melaka (gula melaka bergaram katanya)..
Sedap.

Translate : makan bersama lebih baik 😀
Kandungan yang ada dalam granola perisa gula melaka bergaram.

Rupa bentuknya..
Walaupun namanya salted gula melaka, rasanya tidaklah masin sangat. Sedang2 saje..

Sebelum ni, saya tak tau sangat tentang granola. Tapi ianya bolehlah di kategorikan sebagai sajian makanan sihat dan mempunyai serat yang tinggi.

Granola adalah makanan yang mengandungi oat, berjenis-jenis kacang dan buah-buahan kering. Ianya boleh ditambah madu, pemanis dan segala perisa.

Ada pelbagai perisa yang boleh dicuba.

Granola boleh dimakan masa sarapan, tengah hari atau makan malam.
Kalau nak jadikan sajian makan sihat, makanlah dia saja.

Tapi boleh juga kalau nak dijadikan sebagai makanan kudapan selepas makan nasi dan goreng pisang 🙂

Sekian. Wassalam.
#granola
#eatinghappytogether

17 thought on “Salted Gula Melaka”

  1. Hero Borneo says:

    Baru tahu juga tentang Granola nie…

    1. admin says:

      Cubalah makan HB
      Sedap jugak rasanya

    2. Hero Borneo says:

      ada tak kalau jual kat Sarawak..

      nanti ada kesempatan nak cari kat super market

    3. admin says:

      Cer tengok kat FB dia..

  2. paridah says:

    xpernah cuba lg nk rasa juga.

    1. admin says:

      Rasanya seperti oat yang berperisa..
      Tapi sedap

  3. nadhie wueen says:

    Eh nampak sedap betul . teringin nya nak mencuba 🙂

    1. admin says:

      Sedap…cubalah
      Rasa sekali nak lagi 🙂

  4. nohas says:

    selalu makan quaker oat atau muesli, granola tk pernah rasa lg..menarik, ada gula melaka masin..very Malaysian..

    1. admin says:

      Yang makan pun tekak malaysia sungguh ni..hihi.
      Perisa ada macam2 lagi sebenarnya

  5. Tak pernah cuba try makan lagi.

    1. admin says:

      Bezanya dengan oat..granola ni ada perisa dan ditambah dengan segala kacang

  6. raihanah says:

    pernah beli, memang sedap

  7. dear anies says:

    sebungkus mcm ni berapa RM?

  8. sy pernah makan tapi bukan yg jenis bergaram ni..mmg kena cuba nii

  9. Nour Adieb says:

    Tak pernah try lagi Granola ni ☺

  10. Seorang Syed says:

    Baru tahu juga. Rasa macam pernah dengar tapi not sure kat mana haha.

Leave a Reply

Related Post