Islam

Lapan Jenis Rezeki Dari Allah

Rezeki yang telah dijamin
“Tidak ada makhluk mana pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya”
(Surah Hud : 6)

Rezeki kerana usaha
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya”
(Surah An-Najm : 39)

Rezeki kerana bersyukur
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu”
(Surah Ibrahim : 7)

Rezeki tidak terduga
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”
(Surah At-Talaq : 2-3)

Rezeki kerana Istighfar
“Beristighfarlah kepada Tuhan mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti dia akan mengirimkan hujan kepada mu dengan lebat dan memperbanyakkan harta”
(Surah Nuh : 10-11)

Rezeki kerana menikah
“Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang diantara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahaya mu baik lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya”
(Surah An Nur : 32)

Rezeki kerana anak
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagi mu”
(Surah Al-Israa’ : 31)

Rezeki kerana sedekah
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak”
(Surah Al Baqarah : 245)

-Rotibul Attas dan Rotibul Haddad

***perkongsian rakan dari group wa

Gambar: Kenangan di Bukit Safa

30 thoughts on “Lapan Jenis Rezeki Dari Allah”

    1. Lupa pulak Zarif dah sekolah…sebaya dengan anak saya, darjah 1 tahun ni.
      Semalam, bila tengok gambar kat blog Bunda, teringat kat rambut Xarif yang comel tu 🙂

  1. Bersyukurlah dgn rezeki yg melimpah ruah dari Allah ini. Sedikit pun rezeki, banyak apa tah lagi kan…

    Kadang kala kita lupa, kita rasa harta benda aje rezeki, tapi sebenarnya sihat tu lebih dpd rezeki….Alhamdulilah…

  2. I’m writing on this topic these days, slotsite, but I have stopped writing because there is no reference material. Then I accidentally found your article. I can refer to a variety of materials, so I think the work I was preparing will work! Thank you for your efforts.

Leave a Reply