Uncategorized

Ikhlas

“IKHLAS IBARAT SEEKOR SEMUT HITAM, YANG BERJALAN DI ATAS BATU HITAM, 
DI MALAM YANG GELAP”
“Ikhlas adalah rahsia Allah dan seorang hamba. Rahsia ini tidak diketahui oleh Malaikat hingga ia tidak dapat mencatatnya, dan tidak pula diketahui oleh syaitan sehingga ia tidak dapat merosakkannya, serta tidak pula diketahui oleh hawa nafsu sehingga ia tidak boleh menyelewengkannya”.
“Zikir itu bukan membilang-bilang tasbih. Zikir itu juga bukan laju atau lambat. Hakikat zikir itu adalah mengingati Allah. Memandang Allah. Hakikat zikir itu adalah yang memberi kesan pada hati”
“Janganlah mencari Allah ketika memerlukan jawapan. Tetapi carilah Allah ketika tahu Allah  lah jawapan yang diperlukan”
“Ketika kamu menyayangi seseorang tanpa syarat, tanpa sebab, kamu akan memahami kasih sayang Allah kepadamu tanpa syarat”
“Kehidupan ini adalah ketentuan dan kehendak Allah, maka, laluilah perjalanan di dunia ini atas kesedaran agar sentiasa redha terhadap kehendak dan ketentuan Allah”
“Barang siapa yang mengenal dirinya, maka ia akan sibuk memperbaiki dirinya tanpa mempedulikan cacat dan aib orang. Dan barangsiapa yang mengenal Allah, maka ia akan sibuk dengan Allah dan meninggalkan ajakan hawa nafsunya”
“Jika kamu membaca sesuatu dan tidak dapat memahaminya, atau hatimu tidak hadir ketika membacanya, maka, ulangilah lagi di waktu yang lain. Sebab setiap waktu memiliki rahsia yang berbeza”
Nota :
Catatan di atas adalah perkongsian terakhir seorang sahabat di group WA. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lalu.
Seorang lagi sahabat saya (dari zaman sekolah rendah) juga telah kembali ke Rahmatullah pada hari yang sama.
Al Fatihah untuk kedua-dua sahabat saya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman…aamiin.

31 thoughts on “Ikhlas”

    1. Sedih sangat Mak..
      Kawan yang sorang tu selalu meriahkan WA group dengan segala perkongsiannya..

      Yang sorang lagi selalu hadir dalam setiap stauts saya di FB & Ig. Terasa sangat kehilangannya.. :'(

  1. Ikhlas ni tak ada kayu pengukur sebenarnya. Begitu juga tak sama jika dinilai dgn wang ringgit.

    Ikhlas ni tak kena bayar tapi kenapa ramai yg tak iklas.

  2. Innalillahiwainnailaihirojiunnn. Takziah buat 2 sahabat akak. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    Ikhlas tu memang perkara yang susah sangat nak dilakukan. aduii.

Leave a Reply