Uncategorized

Breakfast Like A King

Antara pilihan utama rakyat Malaysia adalah nasi lemak.  Kena  pulak dengan sambal yang sedap, gabungan ikan bilis dan telur, mesti makan berbungkus-bungkus.

Sebagai anak Johor jati, saya panggil kuih ni epok-epok. Korang tau tak epok-epok? Orang tempat lain panggil kuih ni karipap.

Ni pulak roti goyang… silalah bergoyang. Jangan tak goyang. Makan roti bakar dan telur rebus juga boleh menjadi sarapan yang mengenyangkan.
Ada jugak orang memilih makanan yang ber-sup. Kalau tekak Johor saya ni, dapat soto pun best jugak.

Kalau rasa sakit gigi atau demam, boleh ler makan bubur. Senang. Tak payah nak guna banyak tenaga nak mengunyah πŸ™‚

Ni sarapan versi Pantai Timur. Tapi kat mana-mana dalam Malaysia ni pun tak susah nak dapat. Saya layan jugak laksam ni. Sedap.

Untuk lebih kenyang dan bertenaga, layan nasi kerabu pun ok jugak. Sejak zaman kolej dan ber-roommate dengan orang Kelantan dulu, saya dah reti makan nasi kerabu campur budu.
Ini bolehlah dikategorikan sebagai sajian makanan sihat. Gabungan granola dan yogurt nampaknya boleh mengenyangkan juga.
Nak lagi sihat, makan yang ni. Low sodium hi fiber lagi. Kau haddo?
Dan kalau rasa tak kenyang lagi, boleh jugak makan lagi nasi lemak. Kali ni versi pinggan pulak…barulah breakfast like a KING KONG.
Korang breakfast apa hari ni?
Sekian. Wassalam.
Credit to #ikhti and #kakshikin for some of the photos



34 thoughts on “Breakfast Like A King”

  1. Haha …..uiii soto tu mmg makan dalam betullah FS. Nak nak dapat pulak sambal kicap manis sikit. Mmg pergh sangatlah weyh.
    Pagi tadi kita makan nasi lemak bungkus dengan roti canai sekeping. Mmg betul betul bekfes like a King Kong kan haha…

    1. Soto letak sambal kicap, ada begedil pulak tu…memang terbaik.
      Kalau dapat pisang goreng cicah sambal kicap pun best ni..πŸ‘πŸ‘

  2. Bestnya tgok nasi lemaktu.. malam2 ni mana la nak cari.
    esok bangun pagi mmg kena breakfast la kingkong la cari nasi lemak la jawabnya.

  3. Haah yang yogurt tu bunda pun tak pernah makan lagi… bermacam ragam makanan kita ni kan.. tadah tekak jer lah..

    Rasa mengidam pulak tengok laksam tu…huhu

  4. Saya oran johor. Epok2 tu memang tau sangat. Ada seloka tentang epok2. Kat bawah ni seloka tu:

    Epok2 penganan talam.
    Orang tepok berjalan malam.

    1. Masa kat asrama dulu (kat KL), bila cakap epok2, tak ramai yang paham…sabar aje la.

      Epok2 kuih bahulu,
      Seloka tu..Mak baru tau πŸ™‚

Leave a Reply