Uncategorized

Petua Wajah Cantik Berseri

Assalamualaikum
Saya terbaca petua ni di FB. Saya pun belum mencuba lagi sebenarnya.
Mintak izin nak tepek kat sini. Mana tau nak guna, senang nak refer.
Wanita mana tak mahu kelihatan cantik. Betul tak?
Tambahan pula bahan-bahannya mudah dicari serta harga pun berpatutan.

Melicinkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomata masak. Lecek hingga halus. Kemudian, pupurkan di seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat / dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian, campurkan keduanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Sapukan ke muka dan biarkan kering.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan selawat sebanyak 3x sebelum mencuci ke muka dan sapukan air tersebut ke muka. In shaa Allah, akan berserilah muka

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggukana air basuhan beras yang ke 3. Bilas dengan air bersih setelah 10 minit.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebiji lobak merah dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan dan sapu ke kulit sehari sekali. Amalkan hingga berkesan.

Kulit Cerah Dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah 2. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan badan. In shaa allah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuh bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata dibahagian yang berparut. Sapukan sekerap mungkin. In shaa Allah, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Sekian. Wassalam.
Selamat Mancuba
Sumber : FB
Gambar : Google

7 thoughts on “Petua Wajah Cantik Berseri”

Leave a Reply