Surgery : Terima Kasih Semua




Assalamualaikum.

Sebenarnya sudah seminggu Afiq dibenarkan keluar dari hospital. Sekejap saja masa berlalu.
Memang agak sibuk akhir-akhir ini dengan follow up check up Afiq dan persediaan anak-anak untuk ke sekolah.

Anyway, terima kasih banyak-banyak pada pihak hospital kerana layanan yang cukup baik terutamanya kepada nurse-nurse dan doktor-doktor  yang merawat, menjaga dan melayan kerenah Afiq. Juga kepada kakitangan hospital yang melayan kami dengan baik dan mesra.

Kepada my Mr Hubby dan Adham, terima kasih banyak-banyak kerana sama-sama menjaga Afiq. In shaa Allah bila Afiq dah sihat nanti kita boleh pergi makan besar atau pergi holiday..hihi
Kepada keluarga dan sahabat-sahabat, terima kasih kerana prihatin dan sentiasa mendoakan.
Kepada bos-bos, terima kasih kerana approve-kan cuti yang panjang untuk menjaga Afiq (and also to the doctor for the supporting letter, which facilitate my application for the unpaid leave).

Kini Afiq harus menjalani rawatan susulan supaya tangannya pulih kembali dan esok masih ada lagi appointment di hospital.

Cuti hujung tahun ini, memang tak sempat nak bercuti-cuti Malaysia lah nampaknya. Tak mengapalah, asalkan tangan anak saya cepat-cepat sembuh dan pulih kembali.

Sedih jugak bila Afiq tanya “Mama, bila Afiq nak pakai baju putih dengan seluar biru tu?”
Afiq sepatutnya mula masuk darjah satu minggu depan, tapi mungkin juga dapat MC lagi kerana luka operation di tangannya masih belum pulih.

Terharu juga bila Afiq berusaha untuk menggunakan tangan kirinya untuk menulis…” Tapi tulisan Afiq tak cantik”
“Tak apa lah. Nanti kalau tangan Afiq dah baik, bolehlah tulis guna tangan kanan” saya cuba memujuknya.

Moga segala urusan keluarga kami dipermudahkan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

10 thought on “Surgery : Terima Kasih Semua”

  1. paridah says:

    SALAM JUMAAT FIDAH..WAH AFIQ DH MASUK TAHUN SATU YA…HARI NI DH SESI ORIENTASI UTK MURID TAHUN SATU…BILA AFIQ DH PULIH SEPENUHNYA BOLEHLA KE SEKOLAH XLAMA LAGI..MKN UBAT BNYAKN RHT BIAR CPT SEMBUH

    1. admin says:

      Aamiin. Thanks Kak Paridah.
      Dah start orientasi, tapi tak dapat nak pergi. Cuma dapat beli buku2 dan peralatan di kedai buku sekolah aje..

  2. dear anies says:

    harap segalanya dipermudahkan utk afia. yg penting sihat dulu. sekolah tu x kan lari mn2…

    1. admin says:

      Aamiin..thanks Anies

  3. semoga semuanya berjalan lancar….kasihan budak-budak hadapi ujian sedemikian rupa

    1. admin says:

      Aamiin..thanks HB

  4. Khir Khalid says:

    Alhamdulillah syukurlah.. mudah2an cepat sembuh sepenuhnya.. aamiin.

    Slmt tahun baru 2017 buat Fidah sekeluarga.. maaf, baru dpt duduk berbw sejak beberapa minggu sblum ni.. 🙂 🙂

    1. admin says:

      Aamiin..thanks Khir.
      Selamat tahun baru utk Khir & family. Moga tahun ini lebih suksess

  5. Nur Zahirah says:

    alhamdulillah, moga sembuh sepenuhnya dan diberikan kekuatan untuk hadapi dugaan mendatang.

    1. admin says:

      Alhamdulillah..sudah beransur sembuh
      Terima kasih

Leave a Reply

Related Post