Uncategorized

Surgery : Antara Tangan Dan Jantung

Assalamualaikum

Hari ini masuk hari ke 8 saya dan Afiq berada di hospital. Hari ni saya nak bercerita tentang tangan dan jantung.

Tangan dan jantung…kedua-duanya anggota badan yang amat penting bagi kita.

Kalau denyut jantung berhenti, kita akan mati.
Kalau tangan tak ada, pasti hidup rasa tak sempurna.

Jadi apa kaitannya dengan entri kali ni?
Tak ada apa. Cuma Doktor pesan, kedudukan tangan Afiq mesti sentiasa berada lebih tinggi dari kedudukan jantung. Tak kiralah masa berjalan, berdiri, duduk, baring atau tidur. Itu adalah salah satu cara untuk luka pembedahan ditangan Afiq cepat kering dan sembuh. In shaa Allah.

Itulah antara tugasan saya sekarang…untuk memastikan kedudukan tangannya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sempat juga berbincang dengan Doktor yang baru saja habis melawat petang tadi tentang penjagaan Afiq selepas keluar hospital. Banyak juga yang perlu dijaga. Kerana itu juga Afiq tidak boleh dihantar ke nurseri selagi tangannya belum betul-betul pulih.
Dan kerana itu juga saya harus menyambung cuti untuk menjaga Afiq serta membawanya ke rawatan susulan.

Alhamdulillah. Doktor kata, esok dah boleh keluar hospital. Next appointment adalah hari Selasa depan dan nampaknya saya harus membawa Afiq ke hospital dahulu sebelum singgah ke office untuk memohon cuti.

Moga anak saya Afiq diberikan kesembuhan dan segala urusan keluarga kami dipermudahkan.

Minumlah susu untuk kesihatan serta tulang dan gigi yang kuat 🙂

Sekian. Wassalam.
pic : Google

10 thoughts on “Surgery : Antara Tangan Dan Jantung”

Leave a Reply