Assalamualaikum
Sempena hari cuti ni, jom kita buat roti. Roti wholemeal memang lebih banyak khasiat, vitamin dan serat. Pastinya baik untuk kesihatan.
Resipi (basic):
- 200g tepung wholemeal
- 100g tepung high protein atau tepung roti (tapi saya guna 50g susu tepung dan 60g tepung high protein)
- 155ml air
- 2 sudu besar gula
- 1/2 kecil garam
- 1 sudu besar yis
- 2 sudu besar butter
- Boleh juga tambahkan bread improver & bread softener – 1/2 sudu kecil (setiap satu). Bahan ini boleh didapati di kedai menjual bahan2 kek dan roti.
Cara-cara
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk atau bread maker. Kalau guna bread maker tekan function yang berkenaan dan tunggu hingga roti masak.
- Kalau buat secara manual, gaul sebati dan uli semua bahan sehingga adunan menjadi kenyal. Tutup adunan dengan tuala lembab. Biarkan roti mengembang hingga 2x ganda (atau rehatkan adunan dalam 30 – 40 minit).
- Setelah kembang, tumbuk2 atau uli roti untuk keluarkan angin.
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan biarkan hingga kembang 2x ganda (dalam 30 minit).
- Bakar dalam suhu 180°c selama 30 – 40 minit (ikut oven masing2) atau hingga bahagian luar roti keperangan.
- Setelah masak, sejukkan dan potong mengikut suka. Sedia untuk dihidangkan.
- Nota: Adunan ini dapat satu loaf 🙂
Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam.
nk 1 slice 😊
bisa dicoba dirumah nanti, terima kasih resep nya mbak hehe
rajinnya menguli roti fidah..sedap utk sarapan
homemade bread..sedap dimakan panas2..