Product Review

Restoran Salt & Pepper, Bandar Baru Bangi

Assalamulaikum

Hari ini saya sekeluarga mencuba restoran baru.
Restoran Salt & Pepper namanya. Terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, restoran ini menyediakan pelbagai menu pilihan termasuk makanan barat dan makanan timur (nasi serta beberapa lauk pilihan)

Komen saya:

MAKANAN: Masakannya sedap. Memang puas hati. Ada menu masakan barat seperti grilled salmon, spaghetti dan yang sewaktu dengannya. Ada juga disediakan set nasi dengan beberapa lauk pilihan. Set nasi dihidangkan bersama, ulam, budu dan sambal sebagai pemambah selera. Pencuci mulut termasuk waffle dan ais krim. Pelbagai jenis air juga ada di dalam menu 🙂

HARGA : Agak berpatutan, sesuai dengan konsep.

SERVICE: Cekap dan memuaskan. Penghantaran makanan agak cepat. Presentationnya juga cantik. Kesemua pekerja dan pelayan restoran juga cekap dan murah senyuman.

Itu saja komen saya.
Kira recommended la
Memang sesuai untuk makan bersama keluarga

Sekian. Wassalam.

7 thoughts on “Restoran Salt & Pepper, Bandar Baru Bangi”

Leave a Reply