Islam

Hari Asyura

Assalamualaikum.
Selamat menyambut hari Asyura dan selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa sunat hari ni.

Saya bukanlah seorang ustazah dan tiadalah juga banyak ilmu di dada. Tapi, bila membaca beberapa artikel mengenai hari Asyura, memang teruja untuk mengkaji dan mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Mengapa hari Asyura dianggap istimewa?
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal dari perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalender Islam iaitu 10 Muharram.

Hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Kerana itu jugalah orang Islam menghormati hari tersebut sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Berpuasa¬†pada hari Asyura akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya”

Kelebihan berpuasa di bulan Muharram sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Puasa yang utama sesudah Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram”

Ada juga pendapat yang menyarankan untuk berpuasa sunat pada hari Tasu’a’ (9 Muharram). Apakah yang dimaksudkan dengan hari Tasu’a’?

Sumber gambar dari facebook Ustaz Ismail Kamus

Semoga sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi manafaat untuk semua.
Sekian. Wassalam.

3 thoughts on “Hari Asyura”

  1. syiah dan yahudi turut meraikan 10 muharam tp nabi menganjurkan berpuasa 9 dan 10 muharam… ini ternyata Islam LEBIH memuliakan muharam berbanding yg lain

  2. Hi. I have checked your whitebarley.com and i see you’ve got some duplicate content so probably it is the reason that
    you don’t rank high in google. But you can fix this issue
    fast. There is a tool that generates articles like human, just search
    in google: miftolo’s tools

Leave a Reply