Doa Malaikat Kepada Pendoa




Assalamualaikum

Dari Abi Darda, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula “Dan bagi mu kebaikan yang sama” (Hadis Riwayat Muslim No : 4912)

Pengajaran:

  • Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhwah sesama muslim adalah dengan mendoakan kebaikan kepada saudara atau sahabat kita
  • Mereka yang mendoakan saudara atau sahabatnya dikala berjauhan, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya
  • Doa seseorang kepada saudara atau sahabatnya dikala berjauhan tidak akan ditolak sebagaimana hadis Rasulullah SAW “Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya tidak akan ditolak” (Hadis Riwayat Al-Bazzar : 500)

Marilah kita mendoakan kebaikan untuk saudara dan sahabat-sahabat kita. Moga kita akan didoakan dengan perkara yang baik juga. In shaa Allah

Artikel/Gambar : Sumber

Tags:

13 thought on “Doa Malaikat Kepada Pendoa”

  1. paridah says:

    RAJINLAH KITA SALING MENDOAKAN SESIAPA SAJA DEMINYA..

    1. admin says:

      Moga kita saling mendoakan…
      In shaa Allah, segala yang terbaik untuk semua kawan2 saya

  2. Khir Khalid says:

    Bersama2lah kita saling mendoakan kebaikan bersama… semoga Allah makbulkan dan sentiasa memberkati kehidupan kita semua, in shaa Allah.

    1. admin says:

      Moga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati…aamiin

  3. Bunda_nora says:

    Berdoalah, mintalah dari NYA…jangan sombong…

    1. admin says:

      Setuju..mintalah kepadanya..

  4. raihanah says:

    berdoalah selalu, jangan sombong kan sis

    1. admin says:

      Betul tu Raihanah…

  5. dear anies says:

    selawat mesti selalu doa mesti kerap…

    1. admin says:

      Selawat dan doa..moga hati sentiasa dekat pada Nya

  6. nohas says:

    berdoa di waktu susah dan senang..

    1. admin says:

      Moga hati ini terdidik untuk sentiasa mengingatinya..

  7. hainom OKje says:

    Bukan susah nak dpt doa malaikat ni kan FS, cuma kena rajin mendoakan org lain. Tp tulah kadang kita ni kedekut taj bertempat hihi…

Leave a Reply

Related Post