Uncategorized

WW#11 Pesan Imam Ghazali Tentang Kawan

Assalamualaikum
Walaupun ruangan WW, tapi still nak tulis jugak.
Menurut Imam Ghazali, ada 3 jenis kawan:
  • Kawan yang pertama: Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengannya, dia sentiasa berkongsi ilmu & nasihat agama kepada kita. Berkawanlah dengan golongan ini kerana akan membawa kebaikan kepada kita.
  • Kawan yang ke dua: Dia tidak ada ilmu dan kita mempunyai ilmu. Dia menerima ilmu dan nasihat agama yang disampaikan kepadanya. Berkawanlah dengannya kerana dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepadanya, dia akan melaksanakan perintah Allah.
  • Kawan yang ke 3 : Dia tidak ada ilmu. Dan sekiranya kita ingin menyampaikan ilmu atau memberi nasihat kepadanya, dia tidak mahu menerima, malah memberi pelbagai alasan kerana tidak suka pada ilmu yang disampaikan. Imam Ghazali berpesan, jangan berkawan dengan golongan ini kerana tidak memberi manafaat kepada kita dan dia juga. Dan lebih buruk lagi sekiranya kita mengikut tingkah lakunya yang amat merugikan.

Since masih mood raya…saya ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin.
Maaf juga sebab tak sempat nak BW….nanti bila ada kelapangan saya singgah di blog kawan-kawan. Sorry yea.. 🙁
Sekian. Wassalam
Pic: FB
Ref:  3 Jenis Kawan Kata Imam Ghazali (dirihamba.blogspot.my)

15 thoughts on “WW#11 Pesan Imam Ghazali Tentang Kawan”

  1. pepatah Melayu: berkawan biar beribu, berkasih biar satu..

    semoga kita mnjadi kawan yg baik, yg sentiasa ada di waktu susah dan senang..

  2. Betul tu FS…. berkawanlah dengan orang yg menjual Minyak Wangi kerana kita akan dapat jugak tempias wanginya….Ececeh…kekadang teringin jugak nak berfalsafah weyh hihi

Leave a Reply