Uncategorized

Bila Overnight Policy Rate (OPR) Turun

Assalamualaikum

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penurunan overnight policy rate (OPR) sebanyak 25 basis point dari 3.25% kepada 3.0%.

Apakah Overnight Policy Rate (OPR)?
OPR adalah kadar faedah semalaman yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Kadar faedah ini dikenakan ke atas bank yang meminjam tunai dengan bank lain untuk jangka pendek semalaman.

OPR juga memberi impak kepada pengiraan base  (lending) rate (baca: kadar interest/bunga atau keuntungan) bagi bank-bank. OPR (contoh 3% seperti yang dinyatakan di atas), adalah menjadi kos asas kepada wang yang digunakan oleh bank untuk memberi pinjaman.
Kos asas ini kemudiannya akan ditambah dengan kos-kos lain seperti kos operasi, kos statutory reserve requirement (SRR), risiko credit pelanggan (credit risk of the borrower) dan lain-lain. Bila ditambah semua, dapatlah kadar pinjaman asas atau base rate.

Bagaimana penurunan OPR mempengaruhi kehidupan kita?
Bila OPR turun, interest rate yang dikenakan terhadap pinjaman akan juga turun. Umumnya, jika kadar interest rendah, ia akan menggalakkan orang untuk meminjam (bank) untuk terus membeli bagi menjana ekonomi negara.

Sebaliknya, jika anda adalah penyimpan wang tegar di bank, penurunan OPR akan turut memberi kesan kepada faedah deposit yang anda perolehi. Secara teorinya, bila interest rate atau faedah rendah, ia tidak akan menggalakkan orang menyimpan wang di bank, sebalikknya orang akan menggunakan wang tersebut untuk membeli dan membeli lagi dan ini akan dapat menjana ekonomi negara.
(nota: kalau nak menyimpan, bolehlah cari alternative untuk menyimpan wang di tempat lain, contohnya seperti ASB dan Tabung Haji).

Sekian. Wassalam

8 thoughts on “Bila Overnight Policy Rate (OPR) Turun”

  1. simpan dalam bentuk emas sahaja…boleh menyumbang kepada zakat..dan ada duit itu sedekah sahaja..sebab orang yang bersedekah tak akan hiduo susah kerana Allah pasti ganti balik..kalaupun bukan duit dalam bentuk yang lain..

Leave a Reply