Uncategorized

Tren Komuter Rosak Di Bandar Tasik Selatan

Assalamualaikum

Kejadian hari ini, 13 Jun 2016, di stesen komuter Bandar Tasik Selatan. Sebuah tren komuter telah rosak dan mengganggu perjalanan tren yang lain.

Mungkin ini adalah antara salah satu hasil dari kenaikan harga tambang yang melebihi 40% semenjak 2 Disember 2015 lalu.

Tren ini dikatakan rosak ketika berada di stesen Serdang lagi tapi dengan gigihnya telah cuba meneruskan perjalanan ke stesen seterusnya (Stesen Bandar Tasik Selatan) dengan kelajuan 10km/jam.

Hasilnya?..mungkin ramai pengguna komuter lewat ke tempat kerja hari ini.
#kelewatan #cobaan #dugaanramadhan

Selebihnya…Mak tak nak cerita banyak. Biarlah gambar berbicara..

Sekian. Wassalam

17 thoughts on “Tren Komuter Rosak Di Bandar Tasik Selatan”

Leave a Reply