Alhamdulillah, dengan izin dari Nya, penyerahan dana kutipan untuk 42 orang pembantu am (baca: Cleaner) di pejabat telah pun disempurnakan pada petang Jumaat lalu.
![]() |
Sampul ang pow sebelum diagihkan |
Niat asal hanyalah untuk 4 orang Cleaner yang ‘menjaga’ Jabatan kami sahaja. Tapi, mungkin Allah mahukan dana ini sampai kepada lebih ramai orang.
Mungkin kerana itu jugalah jumlah kutipan yang kami dapat amat luar biasa hingga boleh diagaihkan kepada kesemua Cleaner yang lain. Alhamdulillah.
Meski pun terdapat juga rintangan dan halangan untuk kami mengumpulkan dana tersebut, akhirnya berjaya juga.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berusaha keras mengumpul dana dan menjayakan mini projek ini, penyumbang-penyumbang yang jauh mahu pun yang dekat, juga yang berada di dalam mahu pun di luar negara.
Semoga Allah mengurniakan kebaikan dan rezeki yang berlipat ganda kepada anda semua. Untuk yang terlibat secara langsung atau tidak, Allah sahajalah yang akan membalasnya…
Mungkin sesuatu perkara itu nampak kecil di mata kita, namun amat besar nilainya pada yang lain.
βKatakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi siapa yg dikehendakiNya di antara hama-hambaNya, dan Dia juga menyempitkan baginya; dan apa shaja yg kamu dermakan maka Allah akan mengantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki” .β (Surah Saba: 39).
Sekian. Wassalam.
TAHNIAH STUKUR ALHAMDULILLAH..SENTIASA BERBUAT KEBAJIKAN DI BULAN RAMADAN MULIA..
WAHHH BGS NYERR
Wah yang tadinya hanya untuk empat orang sekarang telah berkembang menjadi ke banyak orang π semoga bermafaat buat penerima dan semoga di berikan rizki yang berlimpah kepada orang yang menyumbang π
Alhamdulillah..best nya dapt menggembirakan hati2 mereka… pasti besar pahala nya… usaha yg baik dr fidah & kawan2 π
Alhamdulillah, moga murah rezeki mereka yg menyumbang..
Seronok mereka ye FS dapat angpau. Dulu masa kerja tak terpikir pulak nak bagi tea lady pun huhu….
Wahh… syukurlah Alhamdulillah… hati ceria dan keberkatan bertambah, in shaa Allah… π π