Dodol dan Pressure Cooker

Assalamualaikum

Kalau dulu, nak masak dodol, pasti lebih 4 jam masa yang diambil untuk mengacau (biasanya buat time nak raya). Dah le tengah puasa, berdiri pulak depan api sambil mengacau. Bila dodol masak, orang pun terlepek…(tapi tangan sado lah…huhu)
Harapnya dengan menggunakan pressure cooker ni, kerja-kerja membuat dodol akan menjadi lebih mudah.

Sebenarnya dah lama saya teringin nak buat ekperimen memasak dodol dengan menggunakan pressure cooker. Alhamdulillah, tercapai juga hajat.

Oleh kerana bilangan ahli keluarga saya tidak ramai dan semuanya ‘berperut kecil”…hihi…jadi saya buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Nama pun eksperimen kannn….
Resipi ini saya ambil di blog mamajue.com

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 cawan gula merah (saya rasa, kalau dapat gula kabung lagi bagus, sebab Mak Mertua saya guna gula kabung untuk buat dodol)
  • 1/2 cawan gula pasir (saya gunakan 2 sudu sahaja, sebab dah manis…buahaha)
  • 1 cawan santan (saya guna 1 kotak santan segera, tambahkan sedikit air untuk dapatkan 1 cawan santan)
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung ubi (ni saya saja campur walau tak ada dalam resipi sebenar, saja nak tengok apa jadi. Lain kali Mak nak tambah durian pulak….ngeee)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali daun pandan ke dalam blender. Kisar sampai halus.
  • Tapis bahan yang telah dikisar
  • Tuang kesemua bahan ke dalam periuk (tutup periuk)
  • Tekan function ‘stim’. Biarkan dalam 3 ke 4 minit.
  • Buka periuk dan terus kacau….perlukan stamina untuk kacau laju-laju supaya hasilnya tidak berketul-ketul. Masaknya juga sangat cepat ( #kecepatan ). Kalau ikut masa yang saya ambil tadi, lebih kurang 15 ke 20 minit.
  • Bila dodol sudah likat dan pejal (kira macam rupa dodol yang korang selalu jumpa…), boleh lah dimasukkan ke dalam bekas.
  • Biarkan sejuk… (tak boleh makan masa panas-panas, sebab Mak pose…haha)
Nota: ini percubaan kali pertama, nanti lepas di rasa dan melalui ‘QA’ punya proses, bolehlah diperbaiki mana yang kurang.
Sekian. Selamat mencuba
Wassalam.

Related Posts

12 thoughts on “Dodol dan Pressure Cooker

  1. senang mcm ni, takyah kacau berjam-jam, berpanas depan api..lepas ni buat lempok durian..huhu..adik sy guna Noxxa, sedap dodolnya..cantik berkilat..

Leave a Reply