Uncategorized

Cabaran Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sudah masuk pertengahan Ramadhan. Moga kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan segala amalan kita diterima.

Di bulan yang penuh berkat ini, pasti ada juga cabaran-cabaran yang harus di tempuhi dengan sabar, terutamanya bagi kaum ibu. Antaranya:

  • Pergi kerja lebih awal. Semua pergerakan harus pantas. Untuk saya sebenarnya ada dua pilihan sama ada bawa kereta atau naik komuter. Kalau bawa kereta, harus keluar seawal mungkin atau terpaksa berdepan dengan jalan raya yang penuh kesesakan walau telah pun membayar tol. Pilihan ke 2 adalah menaiki komuter. Walau naik komuter, harus juga keluar rumah awal atau tiada tempat untuk parking kereta di stesen komuter. Itu belum lagi masalah komuter terkandas di tengah jalan… 🙁
  • Menjemput anak di nurseri se-awal mungkin. Perkara pertama yang saya fikirkan sewaktu balik kerja adalah untuk mengambil anak di nurseri secepat yang boleh. Kesian juga kalau saya terlambat dan kawan-kawannya semua sudah balik. Selain itu,harus ada perasaan timbang rasa kepada guru dan pengasuhnya yang pastinya mahu balik awal kerana mereka juga ingin menyediakan juadah berbuka puasa.
  • Mengejutkan anak bersahur. Biasalah budak-budak. Especially kalau dia orang tidur lambat …mesti ‘liat’ siket nak bangun sahur. Kenalah mak panggil dan pujuk untuk bangun. Bukan sekali, kadang-kadang tu berkali-kali. Tak bersahur nanti, takut lapar pulak. Lagi pun memang harus diajar amalan sunat yang dituntut ini.
  • Menyediakan menu terbaik untuk keluarga.  Time ni lah mak-mak nak tunjuk skill memasak..hihi. Macam-macam menu keluar, walaupun kadang kala terpaksa ‘bersilat’ di dapur kerena kekangan waktu…

Apa pun, semoga ianya tidak menjadikan kita lupa untuk menghayati hikmah di bulan yang mulia ini serta tidak menjadi halangan untuk kita merebut peluang beribadah.
Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa.

Ganbar: google

16 thoughts on “Cabaran Di Bulan Ramadhan”

  1. saya pun kena keluar awal juga bulan puasa ni sbb saya amik flexi hours jadi mula kerja 8pagi. balik 5pm. balik tu takde la awal sangat pun tapi oklah daripada takde kan. semoga dipermudahkan urusan

  2. Semua tidak terjadi pada saya mba. untuk kerja saya malah jadi kebagian sip sore dan untuk mengejutkan anak kebetulan saya belum menikah dan pastinya saya belum punya anak dong 🙂

  3. memang cabaran juga kan Fidah.. mula2 lah, lepas dah tengah2 Ramadhan ni mcm dah biasa.. lepas sahur atie tak tido dah.. kul 7am dah smpai opis 🙂

  4. Huhuu.. bab kereta parking sesuka hati di bahu jalan untuk ke bazar
    memang kadang2 mendatangkan cabaran dan dugaan tahap tinggi…

  5. Bulan Ramadan ni seronok sbb tak perlukan waktu makan di siang hari… cuma adakala terlebih tenaga jadi penat je… bila dah masuk umur ni, buka pun apa je boleh asalkan kenyang hehee… 🙂

  6. Masa anak anak kecik dulu mmg sakit jiwa nak kejut bangun sahur FS…tapi sekarang tidak lagi haha….. jerit jer dari bawah pepagi subuh sapie tu ….mmg tak senonoh mak dia ni FS kikiki

Leave a Reply