Uncategorized

Biskut Choc Chip Emping Jagung

Assalamualaikum

Pagi ni Akak busy try resipi baru yang dikongsi oleh kawan sepejabat. Kak Shikin Merah namanya.
Resipinya ringkas dan mudah, sebab tu Akak nak cuba. Kalau kuih yang susah-susah tu, Akak main tunjuk-tunjuk aje kat kedai 🙂

Bahan-bahan:

  • 150 gm butter
  • 150 gm tepung
  • 75 gm gula castor
  • 60 gm corn flakes
  • 50 gm choc chips
  • Sedikit esen vanila (saya letak 1 sudu kecil)
  • Almond nibs/flakes sesedap rasa (saya letak dalam 70 gm)

Cara-cara:
  • Campurkan gula dan butter. Kacau rata sampai ringan. Masukkan esen vanila.
  • Ayak tepung, masukkan ke dalam bahan. Gaul rata.
  • Masukkan corn flakes, choc chip dan almond nibs/flakes. Gaul rata.
  • Bentukkan kecil-kecil dan susun di dalam dulang pembakar.
  • Bakar dalam suhu 170°c selama 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan susun di dalam balang.
  • Sedia untuk di bawa ke rumah mertua sebagai buah tangan balik raya 🙂
Sekian. Selamat mencuba.

9 thoughts on “Biskut Choc Chip Emping Jagung”

  1. Wahh.. biskut mcm ni mmg marveles… klu dpt kat saya silap2 tiap malam lepas terawih mengunyah jap… sampai waktu raya dah tinggal suku je utk beraya huhu… 🙂

Leave a Reply