Kesihatan Adalah Anugerah




Assalamualaikum

Kisah 1
Seorang rakan saya mengambil cuti panjang kerana ingin menjaga suaminya yang sedang sakit. Bukan saja rakan saya, sesiapa pun sebenarnya, sekiranya mendapat tahu dirinya atau atau ahli keluarga terdekat mengidap penyakit barah (cancer) tahap 3, pasti menjadi berita yang sangat menyedihkan. Walaupun tahap pencapaian dalam hidup boleh dikatakan cemerlang, tanpa kesihatan tubuh badan, mungkin juga segalanya menjadi hambar. Moga Allah permudahkan segala urusan kawan saya.

Kisah 2
Ini berkenaan tentang pemeriksaan kesihatan yang di wajibkan kepada bakal-bakal haji. Hujung minggu lalu, banyak terbaca rungutan sahabat-sahabat (yang bakal haji dan hajjah) di group telegram tentang keputusan medical check up mereka. Ada yang tidak ‘melepasi’ tahap yang di sarankan terutamanya tentang bacaan tekanan darah dan gula (sugar reading untuk diabetic). Akibatnya ada diantara mereka yang terpakasa bercuti untuk membuat ujian kesihatan semula dan mendapatkan rawatan susulan. Sesuatu yang agak merumitkan juga (pada saya) untuk membuat pemeriksaan beberapa kali. Tapi, (sekadar pendapat peribadi), apa yang disarankan oleh pihak Tabung Haji itu perlu, supaya rekod kesihatan semua jemaah haji adalah jelas demi memudahkan segala urusan di sana sekiranya berlaku kecemasan. Kepada rakan-rakan saya, harap bersabar dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Kisah 3
Ada seorang kakak yang umurnya sudah termasuk dalam kategori ‘asar’. Dia berhajat untuk mengekalkan tahap kesihatan. Apa yang dia cuba buat adalah mengubah gaya hidup (seperti yang disarankan oleh Pak Menteri…ehem). Antara perkara positif yang cuba dilakukan adalah

  • Menjaga pemakanan dan mengambil suplement yang perlu untuk kesihatan
  • Mengambil kolegen 
  • Melakukan aktiviti riadah yang menyihatkan seperti berbasikal, zumba, berjogging dan sebagainya.
  • Menurunkan dan mengawal berat badan… :'(
  • Tidur awal
  • Elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan stress.
  • Melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati dan menggembirakan diri sendiri
Semoga berjaya melalukannya dan segala urusan dipermudahkan…aamiin
Sekian. Wassalam.

Pic: google

23 thought on “Kesihatan Adalah Anugerah”

  1. paridah says:

    KESIHATAN YG BAIK ADALAH KEKAYAAN SEBENARNYA…MMG BANYAK MSLH YG DIHADAPI SEKIRANYA SAKIT,,,IAGALAH KESIHATAN DIRI..

    1. admin says:

      Betul Kak…kesihatan adalah harta yang utama.

      Maaf Kak, belum sempat komen di blog sana…dah singgah, tapi kotak komen tak keluar kalau guna tab 🙁

  2. Ain Cho'in says:

    Kak Fidah, semoga urusan mereka dipermudahkan..Aminnnnnnn..

    1. admin says:

      Aamiin. Moga segala urusan kita dipermudahkan.

    2. Ain Cho'in says:

      Aminnnnnnnn.. :)♥

  3. Afif Rayyan says:

    Kesihatan yang baik tu salah satu rezeki dari-Nya

    1. admin says:

      Setuju. Sihat itu rezeki

  4. Kesehatan memang jadi yang paling utama dalam realita kehidupan . senoga kita semua di beri kesehatan dan kelancaran dalam menjalani kehidupan

    1. admin says:

      Tidak dinafikan, kesihatan amat penting dalam kehidupan.

  5. jom kita jaga kesihatan,biar sihat selalu

    1. admin says:

      Jom jaga kesihatan. Lebih lagi di umur macam saya ni..

  6. Bunda_nora says:

    Sakit memang berat rasanys…apa lagi kalu menyusahkan orang tersayang sekeliling kita…

    Tapi sakit juga penghapus dosa…

    1. admin says:

      Betul Bunda. Sakit itu satu peringatan dari Nya dan juga penghapus dosa….

  7. sejak jadi blogger nie..agak susah nak tidur awal…kalau bangun awal tu sudah pasti

    1. admin says:

      Bagus awal tu memang bagus. Pastikan tidur juga cukup..

  8. hainom OKje says:

    Betul FS…..kesihatan ni sebenarnya rezeki yg tidak ternilai mengatasi duit berjuta…..
    Mak pun tgh nak start bersenam jugak ni….

    1. admin says:

      Amboi…romantik nya profile pic…
      Betul tu Mak..sihat juga rezeki dan kurnia untuk disyukuri.

  9. Qaseh Vee says:

    saya berharap sgt saya dpt terus sihat . maklumlah , hidup sorang ni klu sakit memang menyusahkan org lain kan … saya amalkan puasa isnin khamis , krgkan mkn nasi lebihkan mkn sayur / ulam dan buah .

    1. admin says:

      Masih dlm percubaan nak amalakan puasa Isnin dan Khamis…tapi dugaan biasanya banyak…huhu
      Thanks for the tips Vee

  10. Khir Khalid says:

    Kesihatan mmg sgt penting… dalam usia yg mcm ni sepatutnya memang perlu jaga kesihatan dah. Semoga sentiasa dianugerahkan dengan kesihatan yg baik… aamiin ya Rabb.

    1. admin says:

      Aamiin…aamiin..moga dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa

  11. Siqah Hussin says:

    kesihatan juga adalah kebahagiaan 🙂

  12. dear anies says:

    pg td terima wassap yg berbunyi begini….

    namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an, bahawa perkara yg plg penting dlm hidup ini adalah kesihatan. kekayaan tidak bermakna jika tahap kesihatan diusia ini tidak memuaskan… darah tinggi, kencing manis, etc. dan lain2 penyakit cuba melamar. ms inilah kita menyesal kerana sewaktu sihat kita sibuk bekerja shgga lali utk menjaga kesihatan, bersenam dan sbg nyer…

Leave a Reply

Related Post