Uncategorized

Diam

Assalamualaikum

Ada banyak situasi yang membuktikan bahawa ‘diam’ lebih baik dari berkata-kata.
Contohnya jika berkata-kata itu boleh menyebabkan perselisihan faham atau mengeruhkan lagi keadaan, memang lebih baik diam.

Kalau dulu-dulu, orang kata ‘diam tanda setuju’ tapi di zaman sekarang ini, mungkin sudah tak berapa relevant lagi kerana diam juga mungkin bermaksud tak kuasa nak layan.

Pernah dulu ada orang berpesan, kalau pergi ke majlis atau meeting dan orang berbincang tentang suatu perkara yang kita tidak pasti, lebih baik diam saja dari cakap perkara yang ‘bukan-bukan’. Tidak perlu untuk menjadi ‘tong kosong’ dan akhirnya menampakkan kebodohan sendiri.

Sama juga bila dalam satu keadaan di mana ada ramai orang bercakap-cakap kosong, lebih baik kita diam. Mana tau jika cakap-cakap kosong tersebut menjurus ke arah fitnah, Kan tak pasal-pasal dapat dosa free…:(

Diam juga lebih baik apabila kita cuba memberikan pendapat, buah fikiran atau komen, tapi langsung tak di terima pakai atau langsung tak diendahkan. Daripada cuba nak memandai-mandai nak bagi pendapat dan esok lusa kita sendiri yang berkecil hati, lebih baik diam atau balik tidur saja….

HIKMAH BERDIAM: Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. Menjadi perhiasan tanpa berhias. Memiliki kehebatan tanpa kerajaan. Membina benteng tanpa pagar. Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang. Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal. Menutupi segala aib dan masalah.

Sekian. Wassalam
Gambar: Google

13 thoughts on “Diam”

  1. betul tu, lebih baik diam dari bercakap kosong…tapi bila menjadi saksi, kita tak boleh berdiam diri, kena brcakap benar..

  2. hehehe betul juga tu, selalu je dalam meeting kalau isu yang tak pasti, lebih baik diam dan dengar aje… biar pihak berwajib yang amik tindakan dan selesaikan..

  3. Setuju sgt… lagi satu, lebih baik tak tulis dari menulis perkara rungutan dan perkara yg membangkitkan kemarahan di media sosial ni. Peringatan buat diri juga… terima kasih atas perkongsian my fren.. 🙂

  4. Assalamualaikum, halloo mba Fidah, gimana kabar?

    DIAM untuk mencegah situasi bertambah buruk adalah baik. setuju!

    Sebagian orang jika sudah "didiamkan" barulah "merasa"/sadar.

    terimakasih mba Fidah sudah mengingatkan 🙂

  5. Betul sangat tu FS….diam ni mmg banyak menyelamatkan keadaan. Ada masa kalau tgh bergaduh dgn laki tu mmg elok sangatlah diam, kang tak pasal pasal sakit hati pulak hihi…

Leave a Reply