Uncategorized

Biskut Oat Sukatan Cawan

Assalamualaikum

Hari ni terjumpa resipi biskut oat yang amat mudah. Caranya mudah, bahannya juga senang di cari.
Saya jumpa resipi ini di blog ‘buatwanita.blogspot.my’

Jom tengok resipinya

  • 2 cawan tepung gandum (saya guna 1 cawan sahaja)
  • 2 cawan oat (saya guna 3 cawan). Saja letak lebih sebab cik Abang dah jeling2 kat oat yang dah lama terbiar sepi. Masa beli tak hengat…nak yang pack besar…huhu
  • 3/4 cawan gula kastor ( saya ikut sukatan ni, tapi rasanya agak manis. Kalau nak buat lagi next time mungkin guna 1/2 cawan saja. Mak tak suka guna banyak gula sebab dah manis….oohhohoho…silakan muntah hijau 😀
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Minyak jagung secukupnya
Cara-cara
  • Masukkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk
  • Lepas tu baru tuangkan minyak jagung sedikit-sedikit. Gaul bahan sehingga menjadi doh.
  • Buat bulat kecil-kecil (saiz ikut suka) dan leperkan. Susun di dalam dulang pembakar. Boleh juga kalau nak letak hiasan coklat chip atau badam.
  • Bakar pada suhu 180°c selama 15 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Sila abaikan paras rupa biskut Mak tu. Next time kalau rajin boleh buat bentuk bunga ke, bintang ke atau teddy bear…haha

Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam.

25 thoughts on “Biskut Oat Sukatan Cawan”

Leave a Reply