Uncategorized

Kenapa Orang Makan Pop Corn Bila Tengok Wayang?

Assalamualaikum

Pernah terfikir tak soalan ni?
Dalam banyak-banyak benda, kenapa orang makan pop corn kalau tengok wayang??
Kenapa tak makan benda lain?

Berdasarkan pemerhatian, ada beberapa sebab kenapa orang memilih pop corn. Antaranya:

  • Mudah untuk didapati. Biasanya pihak pengurusan panggung wayang akan menyediakan kaunter jualan pop corn dekat-dekat pintu masuk. Jadi, senanglah nak beli. Kalau anak-anak saya, tak sah tengok wayang kalau tak beli pop corn dulu…banyaklah lagi duit mak dia ‘terbang’ kalau tengok wayang
  • Makanan luar tidak dibenarkan masuk. Kalau boleh bawak masuk, mesti orang akan bawak macam-macam makanan seperti roti jala, apam balik, putu mayam dan sebagainya ke dalam panggung wayang.
  • Dulu-dulu pernah juga dengar cerita orang makan kuaci. Tapi sekarang mungkin tak boleh kerana akan menyebabkan panggung wayang bersepah-sepah dengan kulitnya.
  • Makan pop corn tak bising macam makan kerepek pisang atau rempeyek…krup..krap..krup krap…dan boleh mengganggu tumpuan penonton lain.
  • Rasa pop corn yang sedap. Ditambah dengan caremal. Peerrrggghhh…makan tak berhenti. Tapi, tidak begitu baik untuk orang yang sedang berdiet kerana kandungan kalorinya agak tinggi. Nak makan siket-siket sambil ‘pow’ air coke anak tak pe…huhu
  • Boleh mengalihkan tumpuan sekiranya ada bab-bab dalam filem yang ditonton tu, terlalu membosankan. Nak keluar sayang pulak sebab tiket wayang mahal (termasuk gst). Nak bukak segala gadget nanti kena marah dengan penonton lain. Layan ajelah pop corn. Konsep yang sama juga boleh diguna pakai sekiranya film yang di tonton terlalu sedih atau seram….makan pop corn sambil pejam mata…hiksss
Sekian. Wassalam

Gambar: Sumber

29 thoughts on “Kenapa Orang Makan Pop Corn Bila Tengok Wayang?”

  1. Pernah nih nonton di bisokop sambil makan popcorn tapi malah yang ada konsentrasi ke filmnya saja popcorn dan softdrinknya tetap utuh walau di makan dan di minum sedikit hehe.

  2. mungkin karena cerita wayang panjang tapi menarik, agar tidak membosankan dan mulut terus bergerak-gerak maka yang paling cocok makan pop corn…mungkin begitu kak, sebabnya

    1. Kalau bosan dengan beberap adegan dalam filem (biasanya filem pilihan anak-anak), saya makan pop corn aje..Atau langsung tidur…zzz…haha

  3. kalau boleh bw roti jala, apam balik, putu mayam, dll, boleh piknik kt panggung wayang..nnti ada lak tercekik tulang ayam..hihi..

    teringat mr beans buat lawak seram dlm panggung wayang guna popcorn..hehehe..popcorn garret..nyum, nyum..

Leave a Reply