Uncategorized

Kenali Ciri-ciri Si Penipu

Assalamualaikum

Kadang kala, tanpa kita sedar kita sebenarnya sedang berhadapan dengan si penipu.

Saya pernah terbaca satu artikel tentang bagaimana gaya Si Penipu apabila berdepan dengan orang yang di tipu. Antaranya:

  • No eye contact. Biasanya Si Penipu tidak berani bertentang mata bila bercakap dengan orang yang di tipu. Matanya akan liar memandang ke arah lain. Tapi jangan pula terkeliru dengan si pemalu yang bila bercakap hanya memandang lantai.
  • Cerita atau alasannya sentiasa bertukar-tukar. Contohnya jika sudah berjanji untuk melalukan sesuatu seperti bayar hutang, pasti akan ada 1001 alasan seperti anak sakit, girlfriend jealous, nak tolong kawan berniaga, nenek berkahwin dan macam-macam lagi…
  • Suka mengubah topik cerita. Contohnya jika kita minta penjelasan, kenapa tidak boleh membayar hutang seperti masa yang dijanjikan, dia tidak menjawab pertanyaan itu. Sebaliknya dia bercerita tentang pasukan bola sepak JDT atau masalah kucingnya yang baru melahirkan anak sebanyak 4 ekor…boleh?
  • Be Defensive. Ada juga yang bertindak begini. Pantang ‘dicuit’ atau ditanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkara yang ditipu, pasti dia akan melenting dan akan mempertahankan dirinya se-maksimum mungkin….eerrmm
  • They Act Nervous Around You. Mereka kelihatan gementar bila berdepan dengan orang yang ditipu. Pertuturan atau percakapannya mungkin menjadi laju. Faktanya juga menjadi tidak teratur. Maklumlah, pasti sukar jika mulut harus berbicara manis sedangkan otak sedang ligat mencari bermacam-macam alasan 🙂
  • Tak Reti Duduk Diam. Hakikatnya mereka berada dalam keadaan tidak tenang bila berdepan dengan orang yang ditipu. Kejap memandang ke luar, kejap tengok lantai atau mata asyik memandang handphone…ber whatsapp, ber message, bermain game atau apa saja bagi mengelakkan rasa gelisah.
  • Cuba Mengelak atau Menjauhkan Diri. Cuba kita fikirkan, kalaulah kita membeli barang dengan seseorang dan dia telah berjanji akan menghantar barang tersebut pada tarikh tertentu. Namun, pada hari yang dijanjikan, barang yang dibeli tidak juga muncul. Bila di telefon atau di message/ whatsapp atau sebagainya, buat-buat tak kenal pula…bagaimana?
Seharusnya kita bersangka baik pada semua orang. Jika orang tersebut adalah sahabat kita, mungkin harus juga faham apa masalah sebenarnya. Namum, sikap berhati-hati dan sentiasa berwaspada juga perlu supaya tidak mudah diambil kesempatan.
Sekian. Wassalam.

Ref: 10 signs you’re dealing with a liar, www.powerofpositivity.com
Pic: google

18 thoughts on “Kenali Ciri-ciri Si Penipu”

  1. Ha ah, betul tu kak. Biasa-nya pandangan mata la. Saya kalau nak tau orang tu menipu or tidak, saya pandang mata dia. Tapi kadang-kadang tak tentu juga, sebab kalau dia dah biasa menipu, so memang pandai lah. Licik orang kata, kan.

  2. Mmg kena hati2 dgn penipu ni… conman. Bahaya klu terjebak especially klu bab2 urusan belian amaun yg besar atau bisnes dsb… moga dijauhkanlah…

    Tapi klu berurusan dgn awek nak tenung mata lama2 pun risau gak… nnti ada ingat nak ngorat dia. Silap2 bertambah pulak peminat nanti huhu… 😀 😀

  3. beli barang online kata brg belum siap rasa nak setahun gak…minta duit ganti dulu tapi penjual tak mahu pakai duit dulu..sabar jelah..

    sy serahlan pada Allah…

    sebelum ni beli barnag online 300 tak ada masalah rumit begini..kecewa lebih hati2 pas ni

Leave a Reply