Uncategorized

Kalaulah Ada Mesin Lipat Baju

Assalamualaikum

Melipat baju…satu tugas harian yang mudah tapi amat malas untuk melakukannya.
Tapi bila melihat kain baju yang sudah dibasuh bertimbun-timbun, sakit mata jugak. Anak cuma 2, tapi baju macam anak 13 orang 😀
Nak tak nak harus dilipat dan dikemas juga.

Pernah juga cakap pada Cik Abang…
“Kalau ada orang jual mesin lipat baju, beli la satu…jadi mama ada lebih masa untuk pergi spa..eehh :D”

Jom kita semak tip-tip melipat baju terutamanya bagi yang tidak begitu rajin;

  • Lipatlah setiap hari supaya sekali lipat jumlahnya tidak banyak. Penat juga nak melipat jika yang asalnya tanah rata dah jadi busut, bukit atau gunung ganang.
  • Lipat baju sambil menonton tv. 2 in 1 kata orang. Kerja melipat baju beres, pada masa yang sama segala cerita kat tv baik filem omputeh, cerita hindustan, sinetron atau drama melayu…macam-macam boleh update
  • Ajak ahli keluarga lipat bersama. Berat sama dipikul, baju sama dilipat. Selain itu dapat juga mengajar anak-anak supaya lebih prihatin dan bertanggungjawab.
  • Buat konsep 1 orang, 1 bakul baju. Contohnya baju suami 1 bakul, isteri 1 bakul, anak pertama 1 bakul dan anak ke 2….satu bakul. Jadi baju tidak bercampur-campur dan senang nak cari (in case tak sempat lipat lagi).
  • Menggunakan perkhidmatan melipat baju. Pernah juga tengok iklan ni. Tapi bagi saya, tak perlu kot…Tak best juga kalau kain baju kita dihantar ke kedai atau rumah orang untuk dilipat, especially yang dalam-dalam atau yang kecik-kecik tu….iiiissshh! Lagipun melipat baju bukannya susah…cuma kadang kala ada sedikit malas.
  • Ambil pembantu rumah. Bukan saja kain baju akan dilipat, segala kerja rumah akan dibuat (ikut nasib la). Tapi…. saya tidak begitu selesa jika ada orang asing dalam rumah. Khidmat pembantu rumah bukanlah menjadi satu keperluan buat masa ini. Anak-anak pun dah besar, lagi pun..susah pula nak main kejar kejar dalam rumah nanti…hihi
Sekian. Wassalam.
gambar: Google

30 thoughts on “Kalaulah Ada Mesin Lipat Baju”

  1. idea pembantu rumah bagus tu..kesian pada mr husband dan mrs wife yang asyik masak,kemas rumah dan kemas anak sebelum ke sekolah…nanti ada pembantu rumah mrs wife pula lebih masa untuk mr husband..

  2. Lipat baju bersama family, salah satu kualiti time..sambil lipat kain, blh sembang2 hal masing2..wahh, so tradisional ..zmn sekrg anak2, bapa2 kyusuk dgn gadget masing2 kt rmh..huhu..sian mak..

Leave a Reply