Uncategorized

Kain Buruk

Assalamualaikum

Kain buruk. Walaupun namanya kain buruk, kegunaannya sangat banyak terutamanya untuk membantu tugas-tugas di rumah.

Air tumpah cari kain buruk.
Lap meja cari kain buruk.
Lap dapur guna kain buruk.
Lap kaki pun kadang-kadang guna kain buruk…

Saya pasti di setiap rumah ada kain buruk. Tak kan lah kerja-kerja mengelap semuanya nak guna tisu dapur (yang harganya termasuk gst tu kann)..mahal Kak Ton…:)

Walaupun namanya kain buruk, kebersihannya perlu dijaga. Takkan lah nak biar sampai hitam berlendir…..issshhhkk…nak pegang pun geli. Apatah lagi nak buat lap meja makan keluarga.

Berikut adalah cara-cara untuk memastikan kain buruk sentiasa bersih:

  • Rendam semalaman dalam air sabun (biasanya guna sabun basuh baju…jangan guna sabun pencuci muka anti jerawat pulak). Pastikan ianya tidak di rendam sekali dengan pakaian harian seperti baju sekolah anak, kain batik sutera atau tudung fareeda…eehhh 🙂
  • Gunakan bekas/baldi yang berlainan untuk merendam kain lap meja dan kain untuk alas kaki.
  • Lepas rendam, bolehlah dicuci. Nak cuci guna tangan boleh, nak guna mesin basuh pun boleh.
  • Sidai sampai kering. Lipat molek-molek dan sedia di gunakan.
  • Kalau rasa kain buruk tu dah uzur sangat, buang saja. Sila pergi ke stor atau almari dan carilah baju atau kain lama yang tidak mahu digunakan lagi untuk dibuat kain buruk…
  • Beli saja kain-kain tuala bersaiz kecil untuk dijadikan kain lap (lama-lama jadi kain buruk jugak tu…hihi)
Kebetulan hari tu saya jumpa kain lap ini di kedai. Nampak macam ok dan boleh digunakan untuk lap macam-macam (mengikut bahan dan keperluan walaupun nak guna sayang…sebab comel lah pulak…hihi).
Suka suki Mak beli. Niat di hati nak buat kain lap.
Sampai di rumah, anak nak ambil satu untuk lap meja…siap tanya lagi..

“Ma……yang ni, kain buruk ke kain baru?..”…

Sekian. Wassalam

26 thoughts on “Kain Buruk”

    1. betul la tu.. tujuan untuk kegunaan kain buruk tapi kalau kain nya lawa sayang nak guna..

      biasa guna tuala terpakai yang dah lama jadikan kain buruk ni..

    2. @ Sal : Betul…sampai sekarang tak guna lagi sebab sayang..Tq Sal

      @ Padin : Memang elaok kalau guna kain tuala…sebab serap air..Tq Padin

    1. Betul..tak semua yang jelek atau buruk itu tidak berguna. Jika bijak, pasti dapat menjadikannya suatu yang bermanafaat.
      Tq Zee

  1. Hmm alhamdulillah mbak saya belum pernah tuh menjalankan cara cara untuk mengetahui kain yang buruk tapi dengan adanya info dari mbak bisa tahu deh.

  2. selalunya tshirt lama yg jd mangsa utk jd kain buruk, kain pengesat kaki..sbb best..serap air..skrg ni segala anika baju, kain, yg dh lusuh, out of fashion, potong kecik2, buat kain lap, lps tu terus buang..satu cara nk melupuskn baju2 lama..

Leave a Reply