Uncategorized

Housewarming : Bila Nak Ke Rumah

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah 3 bulan pindah rumah.

Ramai juga kawan-kawan yang bertanya
“Bila nak buat housewarming?”
“Bila nak jemput pergi rumah baru?”
“Dah ready ke rumah kau?…kita orang nak datang ni”

Asal kejadiannya, masa nak pindah rumah dulu, memang nak buat kenduri doa selamat dan sedikit jamuan (kira housewarming jugak lah).  Apakan daya, sejak pindah rumah akhir Disember lalu, belum berkesempatan nak buat apa-apa. Maklum lah…Mak busy…hihi
Ada juga barang-barang kecil dan baju-baju yang tak habis diangkut lagi. Pendek kata, belum habis pindah.

Tapi itu tidak bermakna saya tak terima tetamu. Cuma majlis ‘housewarming’ nya belum ada.
Kalau ada sahabat-sahabat yang nak singgah ke rumah, jemputlah datang. Jangan bimbang, cawan, gelas, pinggan, mangkuk, periuk dan belanga Mak dah bawak ke rumah baru. In shaa Allah, tetamu akan diraikan.
Kalau berkesempatan, Mak masak. Kalau tak, Mak order aje makanan kat kedai. Maklumlah, rumah sekarang dekat dengan kedai makan. Mamak ada, goreng-goreng ada, nasi arab ada, nak order pizza pun boleh 🙂

Sekian. Wassalam.
Gambar: google.

14 thoughts on “Housewarming : Bila Nak Ke Rumah”

  1. hehee saya dok teruja nak terima kunci ni,
    entah apa waktu dan ketika…

    Merai tetamu cukup penting walau segelas air asal ikhlas
    air tawar terasa manis 😀

    1. Wah..best la nak dapat kunci. Mesti plan nak buat renovation macam2..Boleh la share lakaran dan lukisan rumah baru nanti 🙂

  2. Alhamdulillah… baguslah buat bila2 nnti… ajak jiran2 baru kenal2 juga… semoga ceria sekeluarga di rumah baru ye… aamiin.. 🙂

    p/s: jemputlah sefamily dtg ke blogger event SBB2016… klu kelapangan boleh daftar sini > http://sbb.my

  3. Alhamdulilah. tetamu juga adalah rezeki kan 🙂 Siqah pun tak pernah buat housewarming lagi, cuma pintu rumah sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak datang 🙂

Leave a Reply