Uncategorized

Apa Ada Pada Chia Seeds

Sekarang ni, kat office di landa demam chia seeds…kiri kanan depan belakang orang sibuk nak makan chia seeds.

Ada yang masuk dalam oat dan ada juga yang campurkan dalam salad masing -masing.
Tapi bagi saya lebih mudah kalau masukkan dalam air. Cuma masukkan 1 ke 2 sudu/camca chia seeds ke dalam 2 liter air dan pastikan air habis di minum di antara pukul 9 ke 5 petang….maklumlah sekarang musim panas, kena minum banyak banyak air.

Kalau kat rumah, saya campur dalam air sirap…rasa macam sirap selasih gitew. Anak-anak dan ayah anak-anak pun suka 🙂

Antara kebaikan chia seeds adalah:

  • 16x lebih omega 3 berbanding ikan salmon
  • 6x lebih kalsium berbanding susu
  • 4x lebih serat berbanding oat
  • 2.6x lebih protein berbanding tauhu
  • Kaya dengan zat besi
  • Dan macam macam lagi seperti (refer gambar di atas)
1st time beli dulu, saya beli di pasaraya sogo (kat bahagian organik)…harga boleh tahan juga, sesuai khasiatnya. Di pasaraya lain mungkin juga ada (tak pernah cari lagi).  Kalau nak beli di cosway pun boleh.
Sekian. Wassalam.

Gambar dan info: sumber

23 thoughts on “Apa Ada Pada Chia Seeds”

  1. Assalamualaikum mba Fidah …
    Chia seeds itu biji selasih …? Atau biji habbatussauda .. ?

    saya suka tambahkan pada minuman.
    Khasiatnya pun bagus bagi kesehatan. Terimakasih.

    1. Waalaikumsalam Mba,
      Ianya juga di panggil 'salvia hispanica'..
      Tapi bukan dalam kumpulan biji selasih atau habatussauda

      Memang direkomendasikan sebagai makanan kesihatan.
      Terima kasih kunjungannya Mba 🙂

  2. First time dengar ni FS….Dari mana datangnya ni FS? Mak aiik….banyak khasiat dia!
    Kalau budak budak pun suka baguslah kan FS, senang hati mama….sihat sama sama gitu ….

Leave a Reply