Uncategorized

Antara Salad Dan Pecal

Assalamualaikum

Kalau orang puteh (baca: orang barat) makan sayur mentah dengan mayonis, thousand islad, caesar dressing, Italian dressing dan sebagainya, orang kita juga ada ‘sambal kacang’ untuk menikmati sayur.

Bezanya segala ‘dressing’di atas boleh dituang aje dari botol, berbanding dengan sambal kacang yang perlu menjalani beberapa proses seperti goreng kacang, goreng cili, goreng bawang…nak blend lagi…huhu.

Sebab tu walaupun tekak jawa Mak memilih pecal sebagai sayuran, Mak lebih rela makan salad kalau tekak teringin nak makan sayur mentah (di samping makanan lain seperti nasi ayam, mee goreng, roti canai, lontong, cekodok pisang, kek coklat dan sebagainya). Nak makan pecal pun, cuma weekend aje lah.

Kot la tetiba tekak teringin nak makan pecal dan bawak bekal ke opis, kena bangun sebelum subuh lah nampak gaya sebab nak kena goreng kacang, tempe, tahu dan sebagainya. Sebab tu tak bawak bekal pecal.
Bawa bekal salad sebenarnya lebih mudah dan ringkas. Tapi, kalau malas jugak nak bersihkan sayur untuk dibawa sebagai bekalan…Mak makan strawberry…huhu 😀

Tentang khasiat, keduanya baik untuk kesihatan. Nama pun sayur..

Salad:
Tidak dinafikan vitamin yang terkandung dalam sebuah hidangan salad. Apa lagi kalau digabungkan dengan sayur pelbagai warna. Salad kaya dengan vitamin C, E, folic asid, beta karotin dan sebagainya. Salad juga kaya dengan fiber dan boleh mengenyangkan. Sangat sesuai bagi yang sedang berdiet bagi mengurangkan jumlah lemak serta kalori dalam menu harian.

Pecal:
Hidangan yang cukup lengkap dengan protein, karnohidrat, zat besi dan pelbagai jenis vitamin termasuk A, B1, C dan sebagainya. Baik juga untuk yang sedang berdiet…at least makanan tu ada rasa pedas dan lemak. Kalau makan pecal ni boleh kenyang dan tak perlu makan nasi…betul tak?..

Kalau korang pulak, suka yang mana?

Sekian. Wassalam.

14 thoughts on “Antara Salad Dan Pecal”

  1. apapun antaranya jika disandingkan dengan pecal (pecel) apalagi dengan salad yang olahannya mirip dengan pecal, saya tetap memilih pecal sebagai makanan favorit

Leave a Reply