Uncategorized

Adakah Usia Hanya Suatu Angka?

Assalamualaikum
Sesetengah orang kata, usia hanyalah suatu angka. Cuma angka atau nombornya tak pernah menurun…setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun..usia kita pasti meningkat.
Bagi sesetengah orang..pertanyaan tentang umur adalah sensitif. Contohnya bila orang tanya…”berapa umur you?”..
Nanti dijawab “Rahsia”…huhu
Walau apa pun, peningkatan usia juga merupakan satu peringatan. Bila umur   semakin meningkat, hari kematian juga semakin dekat.

Moga sentiasa menjadi lebih baik dan sentiasa mensyukuri nikmat usia yang diberikan.

Seperti lirik lagu kumpulan Raihan
Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Apa wish tahun ni?
Moga dipanjangkan usia untuk membuat kebaikan, diberikankan sebanyak rezeki, diberikan kesihatan, dimudahkan segala urusan untuk diri dan keluarga.
Moga boleh terus memberikan komitment untuk berblogging dan semoga silaturrahim dengan sahabat-sahabat sekelian berkekalan….aamiin

Sekian. Wassalam.
1st pic : google

28 thoughts on “Adakah Usia Hanya Suatu Angka?”

  1. Peningkatan usia memang hanya satu angka…..tapi angka itu juga mengingatkan kita yang kita semakin berusia….so ingatlah yang lima perkara itu.

  2. Bertambah usia bermakna bertambah pengalaman yg kita kutip sepanjang kehidupan, dan semakin berkurang pulak usia kita didunnia ini.
    Apa pun HB utk Fidah semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat ameenn

  3. Happy brithday mrs. Fidah semoga selalu sehat dan selalu memberikan yang terbaik untuk orang-orang terdekat ya. Wish you all the best 🙂

    1. Setuju…moga kita menjadi lebih matang..Orang kampung saya panggil emotional maturity…hihi

      Anyway..1000 apologies..still hv problem nak komen kat blog sana 🙁

  4. Usia adalah angka agar kita semua beringat… setiap kita hidup ni pasti mengira angka… Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan dgn kesihatan dan kejayaan dunia dan akhirat… aamiin.

    1. Aamiin….thanks Khir 🙂
      Hidup kita penuh dengan angka…Dengan adanya angka juga sepatutnya menjadikan kita lebih sedar tentang hari2 yang masih lagi tinggal.

  5. Happy Bezday FS….moga sentiasa dlm limpahan rahmat Allah, moga makbul juga harapan dan doa awak tu…
    Lepas ni kalau terserempak rasanya boleh kenal dah ni hihi….

    Psst…tak nak share ke umur tu?

Leave a Reply