Uncategorized

Pre-Birthday Party

Assalamualaikum
Zaman sekarang ni bukan saja ada pre-wedding photos, pre-birthday party pun dah ada…hihi 🙂
Afiq dan sepupunya

Birthday Afiq, sepatutnya diraikan pada bulan April. Akan tetapi, setiap hari anak saya akan bertanya..

“Mama, dah bulan April ke belum. Bila nak buat birthday party untuk Afiq?”.. Dan setiap hari anak saya mahukan kek harijadinya 🙂

Al kisahnya semalam balik ke kampung suami di Temerloh, jadi dapatlah berjuma dengan ramai sedara mara dan sepupu-sepupu Afiq. Dah alang-alang ramai, best juga kalau buat majlis harijadi kecil-kecilan sambil makan kek.

Nasib baik sempat ke kedai kek di Temerloh petang semalam. Beli di Kedai Kek Kak Yah, yang terletak betul-betul di bandar Temerloh. Dapatlah Mak beli kek bergambar Ultraman. Sedap juga keknya….Mak suka 🙂

Moga anak saya Afiq dipanjangkan umur, menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki selalu. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Garfield pic: google

13 thoughts on “Pre-Birthday Party”

  1. Ok juga pre birthday… sampai waktu birthday boleh celebrate lagi hihii… in shaa Allah, moga menjadi anak yg soleh dan sukses dunia akhirat… aamiin.. 🙂

Leave a Reply