Uncategorized

Lunch Box

Assalamualaikum

Pastinya ada banyak faedah jika kita membawa bekal makanan ke pejabat atau ke sekolah (bagi anak-anak). Antaranya:

  • Tahap kebersihan lebih terjaga dan boleh dipercayai. Bila makanan disediakan sendiri, pasti kita akan menjaga kebersihan ketika menyediakan atau memasaknya.
  • Lebih berkhasiat. Contohnya kita dapat menyediakan makanan yang lebih seimbang. Cukup protein, vitamin, karbohidrat, zat besi dan lain-lain 🙂
  • Boleh berjimat cermat. Maklumlah, segala barang makanan terpilih adalah mahal (..tekak pulak, macam tekak orang kaya…hahaha :D). Itu belum GST lagi.
  • Membawa bekal makanan boleh menjimatkan masa kerana tidak perlu ke cafe (atau beratur di kantin bagi anak-anak) atau membeli makanan di luar. Terutamanya di waktu sibuk dan deadline sentiasa mengejar.
  • Bila menyediakan makanan bersama-sama pasti boleh menjalinkan hubungan yang erat dan kerjasama antara ahli keluarga. Dan yang lebih penting, jika makanan itu dimasak oleh si ibu, pasti ada auranya yang tersendiri. “Air tangan” lah katakan… 😀
Sekian. Wassalam.

26 thoughts on “Lunch Box”

  1. Berasa beda aja makanan apapun yang dibuat ibu rasanya selalu enak sehari nggak makan di rumah tuh nggak bisa bawaanya kangen terus sama masakan ibu hihi

  2. hehee masa sekolah kalau mak bekalkan cucur je baru nak bawak bekal,
    kalau makanan lain malas nak bawa.. penah tertumpah sambal bilis abis rosak semua buku dibuatnya…..

    1. betul tu Anies. Kalau anak saya, banyak pulak benda yang dia allergic kalau makan kat luar. So, salah satu cara adalah bawak bekal atau makan kenyang2 kat rumah…
      Thanks Anies…lama dah tak bersiaran 🙂

Leave a Reply