Uncategorized

Jimba atau Zumba?

Assalamualaikum

Jumaat. Biasanya waktu rehat tengah hari agak panjang (dari 12.30pm hingga 2.30pm) di gunakan untuk keluar BERJIMBA bersama kawan-kawan.
Apa itu jimba?
Jimba adalah istilah orang-orang urban (katanya), bermaksud ‘going out to have some fun’ (baca: pergi keluar bersuka ria). Contohnya keluar makan, shopping dan yang sewaktu dengannya.

Nak jadi cerita, hari Jumaat lepas, instead of keluar berjimba seperti biasa, ada seorang rakan mengajak saya ke kelas ZUMBA…
So, daripada pergi makan menternak lemak seperti kebiasannya, Mak pergi berdansa sambil mambakar kalori..hokkeyyy
Kelas itu dikendalikan oleh rakan saya, Liza. Kelas ni, khas untuk kawan-kawan di office dan kesemua yang menyertainya adalah perempuan. Memang kelas ni untuk perempuan sahaja. Lelaki dilarang masuk. Kalau kelas campuran lelaki dan perempuan, malulah pulak nak bergelek-gelek kat situ…huhu

Walaupun ramai orang sudah tau apa itu Zumba dan manafaatnya, Mak saja nak tepek kat sini. Esok-esok, kalau baca, bersemangat siket nak pergi kelas 🙂

Picture: Source

ZUMBA adalah satu program senaman berunsur tarian yang diasaskan oleh Alberto “Beto” Perez, yang berasal dari Colombia. Gerakan dalam Zumba menggabungkan muzik berentak samba, hip hop, salsa, merengue dan mambo.

Apakah kebaikan dan manafaat daripada Zumba?

  • Aktiviti yang manghiburkan. Mood down?…. Silalah ke kelas Zumba. Zumba adalah adalah gerak tari yang yang diiringi oleh muzik yang rancak. Dengan suasana yang relax dan santai serta gerak tari yang menyeronokkan (tambahan lagi boleh membakar kalori), anda tentunya tidak sabar untuk ke kelas seterusnya.
  • Membakar kalori yang tinggi. Tahukah anda bahawa gerakkan atau senaman Zumba boleh membakar 500 hingga 1000 kalori setiap sesi, bergantung kepada tahap intensity sesi tersebut. Jadi, jika benar-benar serious, ianya memang boleh menurunkan berat badan.
  • Gerakan seluruh badan. Zumba membolehkan anda membuat senaman seluruh badan atau full body workout. Dengan senaman yang konsisten, anda boleh mendapatkan bentuk badan idaman, otot yang pejal dan kulit yang tegang. Mantop tuh!!!!
  • Menguatkan abs dan pinggang. Bila menari ala-ala latin pasti akan memaksimumkan penggunaan pinggang anda. Dengan bergerak ke kiri dan ke kanan sambil bergelek-gelek, pastinya pinggang anda akan menjadi lebih ramping. Awwwww 🙂
  • Terasa seksi. Pastinya. Sebenarnya pergerakkan Zumba memang seksi…haha. 
Kebetulan hari ini 8 March, adalah Hari Wanita. Jadi saya ucapkan Selamat Hari Wanita untuk semua wanita. Jangan juga lupa untuk mengucakan Selamat Hari Wanita untuk wanita-wanita yang anda sayangi.
WOMAN = Wonderful, Outstanding, Marvelous, Adorable, Nice
Sekian. Wassalam.

32 thoughts on “Jimba atau Zumba?”

  1. Aku sering menyebutnya hangout kalau hanya sekedar nongkrong atau jalan-jalan bareng temen. Dan aku suka aerobic hampir mirip dengan zumba manfaatnya pun juga sama hihi.

    1. Sebenarnya saya suka juga keluar makan bersama rakan2.
      Tak kira aerobik atau zumba, yg penting manafaatnya sama. Ada juga aerobik yang berunsurkan latin dance.

  2. wah berjimba n berzuma bersama rakan2 best juga tu fidah…masa yg sesuai nk lakukannya…sebelum tba masa jimba n zumba dgn cucu2 yg keletah heh..heh..

  3. hehee kalau badan da lama rehat, tetiba terkejut
    takutnya nanti kesan lain pulak yang mendatang

    Apapun tahniah, terus kekal cergas dan aktif 😀

Leave a Reply