Uncategorized

Ibu Dan Anak

Assalamualaikum

Sebenarnya tak tau nak letak tajuk yang sesuai untuk entri kali ini. Yang pastinya ia bukan iklan ubat batuk.
Lagi pun Mak bukanlah pakar motivasi. Cuma seorang ibu biasa-biasa aje…

Saya hanya ingin kongsikan inti pati dari perbincangan di whatsapp group sekolah yang kebanyakan ahlinya adalah kaum ibu.

Secara jujurnya, ibu mana yang tidak mahu anaknya menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Betul tak? Dan apa salahnya jika berusaha ke arah itu. In shaa Allah.

Walaupun tips-tips ini mungkin kita boleh baca di buku-buku, akan tetapi, memandangkan ianya juga adalah real life experience, saya nak tulis di sini. Moga -moga dapat menjadi peringatan untuk diri saya dan juga memberi manafaat pada yang lain. Dan semoga kita juga beristiqomah dalam melaksanakannya.

  • Sekiranya anak mengambil peperiksaan masa tingkatan 3, persediaannya harus bermula lebih awal semenjak dari tingkatan 1 lagi. Begitu juga dengan pepriksaan SPM (tingkatan 5), langkah persediaan termasuk membuat latihan menjawab soalan peperiksaan juga harus bermula sejak dari tingkatan 4 lagi.
  • Jika anak bersekolah di sekolah harian, ibu harus lebih tegas dalam memantau kegiatan anak-anak. Maklumlah, di zaman ini terlalu banyak pengaruh dari luar dan juga media sosial. 
  • Janganlah marahkan cikgu/guru pulak, sekiranya cikgu/guru menegur anak anda ke arah kebaikan.
  • Latih anak supaya mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang baik. Harus juga ingat, hidup bukan saja untuk mengambil peperiksaan 🙂
  • Jangan tinggal solat
  • Amalkan surah Al Waqiah setiap malam. Sebaiknya, surah Yassin dan Al Mulk juga dijadikan amalan.
  • Solat hajat dan mohonlah kepada Allah.
  • Solah dhuha
  • Berusaha dan tawakkal.
Sekian. Wassalam.

14 thoughts on “Ibu Dan Anak”

  1. Ibu mana yang nggak mau anaknya cerdas dan juga membanggakan kedua orang tuanya begitu juga ortu harus mengajarkan anak-anak supaya menjadi anak cerdas 🙂

  2. Anak adalah permata anugerah Allah… usaha tanggungjawab kita utk mereka adalah cerminan yang dibawa dlm hidup nanti utk generasi ke generasi… doa anak yg soleh adalah salah satu bekalan kita juga di dunia pengakhiran hayat… subhanallah…

  3. Yer lorr zaman skrg memang banyak anasir luar yang menggangu gugat kehidupan dorang la ni,… especially gadet2 tu.. hadoii memang betui nak bendung

  4. Tq atas perkongsiannya FS. Sebagai mak ayah mmg kita nak anak kita berjaya kalau boleh cemerlang tp kalau tak dpt apa kan daya….Tak gitu mak? Terimalah seadanya….Tak cemerlang akademik tak semestinya mereka tak boleh menjadi bintang….ececeh….bila mak berfalsafah hihi…

Leave a Reply