Uncategorized

Broccoli Muffin

Assalamualaikum

Saja nak share resipi ni. Nampak macam ok. Bahan-bahannya mudah dicari dan cara buat pun tak susah sangat.

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk broccoli (di hiris halus). Boleh tambah sedikit carrot kalau nak ada warna-warni.
  • 2 atau 3 biji telur (ikut banyak mana broccoli)
  • 1/4 cawan susu rendah lemak (tak letak)
  • Sedikit cheese mozarella
  • Sedikit lada hitam (yang kasar)
  • Sedikit garam

Cara-cara
  • Di dalam satu mangkuk, campurkan telur , cheese, susu, garam dan lada hitam. Gaul rata. Masukkan broccoli dan carrot yang telah dihiris halus.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam dulang pembakar muffin.
  • Masukkan ke dalam oven pada suhu 200c selama 30 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Sesuai dijadikan sajian makan malam sebagai pengganti nasi.
Elok juga dijadikan makanan untuk ‘alas perut’ di waktu pagi, sebelum makan lontong 😀
Sekian.

26 thoughts on “Broccoli Muffin”

  1. Mrs. fidah sepertinya kalau saya ingin membuat resep ini harus beli dulu loyangnya atau wadah pembentuk broccoli muffinnya dulu hehehe

    Thanks ya tipsnya 🙂

    1. Kalau buat lauk ok jugak tu Kak PI. Lebih kenyang. Makanan kering2 macam ni senang siket masuk bekas..buat bekal pi opis 🙂

Leave a Reply