Uncategorized

25 Things That Make Me Happy

Banner sebagai tanda penyertaan mesti ada.

What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they’ve been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it’ll be okay)

SAYA DITAG BLOGGER KAK PARIDAH ISHAK DALAM SEGMEN NI..TERIMA KASIH BANYAK KAK PI…
Saya akan tulis seadanya.. 🙂

  1. Ketika bangun pagi dan baru tersedar, hari itu
    adalah hari cuti…hoyey!
  2.  Dapat sembahyang di awal waktu dan membaca
    surah-surah pilihan
  3. Meluangkan masa bersama keluarga seperti
    menonton TV, pergi bercuti, pergi makan, shopping, menontong wayang dan yang sewaktu
    dengannya
  4. Meraikan tarikh-tarikh penting bersama keluarga
    seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan. Lebih happy kalau dapat
    hadiah….:)
  5. Balik kampung berjumpa Abah
  6. Dapat bercakap slang Johor asli dan makan pelbagai jenis makanan yang
    betul-betul sesuai dengan tekak jawa saya kalau balik kampung
  7. Menonton cerita Hindustan atau cerita-cerita romantik
     (yang tangkap leleh…buahaha)
  8. Mendengar lagu-lagu kegemaran termasuk juga
    lagu-lagu zaman rock kapak seperti lagu-lagu dari kumpulan Search, Lefthanded
    dan Wings. (Nota : Otai masih berbisa)
  9. Dapat balik awal ke rumah pada hari bekerja
  10. Melihat pokok-pokok yang ditanam depan rumah
    membesar serta sihat menghijau
  11. Dapat masak untuk makan malam keluarga walaupun
    hanya nasi berlauk ikan sardin dan berulam timun . Lebih happy bila suami dan
    anak-anak memuji “sedapnya Mama masak”….:D
  12. Mencuba resipi baru dengan jayanya walau
    percubaan kali pertama atau ke dua selamat masuk tong sampah….haha
  13. Dapat bersembang sembang dengan kawan sekolah
    yang bersama-sama dalam pasukan pancaragam (baca : band girls) meskipun zaman belajar baca note dan bermain alat muzik sambil marching dengan
    memakai mini skirt
     sudah lama berlalu
  14. Pergi reunion sekolah atau kolej dan berjumpa
    kembali rakan-rakan lama. Apalagi  bila kawan yang sekian lama tidak berjumpa berkata “wah…kurusnya
    you”….huhu
  15. Dihargai oleh rakan-rakan terhadap apa yang saya lakukan walaupun hanya ucapan terima kasih atau membalas komen di blog #ehem 🙂
  16. Dapat tempat duduk dalam tren komuter yang penuh
    sesak
  17. Ke kelas zumba dengan perasaan sudah berjaya membakar beratus ratus kalori..hihi
  18. Dapat gaji dan bonus dan juga hari dapat
    dividend ASB dan Tabung Haji… huhu
  19. Giliran dapat duit kutu 😀
  20. Pergi berjimba dengan kawan-kawan seperti shopping2 dan makan2 serta meng-up date gossip terkini
  21. Cuci mata melayan gambar-gambar handbag di
    blog-blog atau instagram. Lebih happy kalau dapat beli…uuuhhh!
  22. Pergi ke pantai sambil melihat matahari terbit
    dan terbenam
  23. Melihat pelangi
  24. Tidur awal
  25. Ketika mahu melelapkan mata, mendapat ciuman
    dari anak dengan ucapan.”Good night Mama. Afiq sayang Mama”…

Saya nak Tag:
1. Iryanty Ismail
2. Nohas
3. Qaseh Vee
4. Raihanah Ahmad
5. LZ

Terima kasih 🙂


Quotation: Google

10 thoughts on “25 Things That Make Me Happy”

  1. TKSH FIDAH SUDI JWB TAG KAK…BERKONGSI KEGEMBIRAAN FIDAH YG TURUT DIRASAKAN INDAHNYA..MOGA KEGEMBIRAAN YG BANYAK ITU ENTIASA BERTERUSAN DIRASAKAN…

  2. Hihi…mak pun dah kena tag.
    Bab no 1 tu bukan awak yg bekerja jer suka FS mak yang penganggur ni pun suka jugak hihi….tak yah nak jadi supir!
    Apalagi marilah kita bercakap jawa haha…

Leave a Reply