Uncategorized

Pokok Depan Rumah

Assalamualaikum

Masih lagi mood nak cerita pasal pokok. Hari ini cuti sempena Hari Wilayah. Jadi saya berkesempatan untuk luangkan masa lebih siket nak belek-belek pokok di depan rumah. Kalau hari-hari biasa, sempat siram aje lah nampaknya. Kalau ingat dan berkesempatan, mak letak baja. Sebab tu pokok-pokok mak ni slim melim nampaknya.. 😀

Pokok kari, pudina (mint), cili dan sirih (betel leaf)

Nak kata pandai sangat pasal pokok dan tanam menanam, tak ada lah.
Tapi dapat tanam beberapa pokok macam ni, agak menjimatkan juga, walaupun hanya ditanam dalam pasu. Contohnya daun limau purut, kalau beli di kedai, kena beli se-ikat. Tapi nak guna untuk masak tomyam atau rendang (contohnya), cuma perlukan beberapa helai. Nanti yang lebih tu, terbuang saja atau terbiar layu. Begitu juga dengan daun pandan, daun pudina (mint), daun kari, daun salam dan sebagainya.

Pokok lidah buaya (aloe vera), pandan, limau purut (kaffir lime) dan daun salam (bay leaf)

Selain itu, dapat tengok pokok hijau dan membesar dengan sihat juga merupakan satu terapi minda dan mata, walaupun balik kerja selalunya hanya dapat tengok pokok dari cahaya lampu atau sinaran bulan…huhu

Apa lagi kawan-kawan. Jom tanam pokok.
Selain dari menjimatkan belanja dan boleh menjadi satu terapi, dapat juga menyahut seruan Pak Menteri… 🙂

Sekian. Wassalam.

14 thoughts on “Pokok Depan Rumah”

    1. Sy tanam pun sebab tu..lagi pun rasa macam best aje bila tgk pokok tu berkembang maju..hihi
      Daun kari mak sedap agaknya..ulat suka 😀

Leave a Reply