![]() |
Percubaan pertama adalah memasak rendang daging |
Untuk resipi rendang, sila lihat sini
![]() |
Goreng mi hoon pun boleh 🙂 |
Percubaan ke 2 adalah memasak mi hoon goreng. Teruja nak masak mi hoon sebab orang kata, kalau guna pressure cooker, mi hoon tu tak perlu direndam dulu. Masuk saja dalam periuk setelah dibasuh dan toskan. Tu yang gatai tangan nak cuba… 😀
Tapi lepas tu, jenuh juga nak mengacau bagi rata.
Segala sayur yang lembut-lembut boleh masukkan selepas proses ‘pressure’ supaya tak terlalu layu. Buat style ala-ala stir fry gitew. Kacau rata sampai semuanya masak. Alhamdulillah, dapat juga dijadikan sajian untuk sarapan pagi tadi.
![]() |
Percubaan ke 3 adalah membuat kek coklat |
Percubaan seterusnya adalah membuat kek coklat. Kebetulan Afiq, anak bungsu saya nak bawa bekal kek ke sekolah tadikanya esok. Gigih la si emak nak buat kan… 😀
Boleh guna function ‘bake’. Masa yang diambil untuk masak kek ini adalah 45 minit. Alhamdulillah, berjaya juga masak kek guna periuk ni.
Secara keseluruhannya, memang puas hati guna periuk ni. Walaupun tempoh memasak mungkin tidak sepantas periuk noxxa, tapi pada saya, ianya menyenangkan kerja kerana tak perlu menjenguk masakan banyak kali. In shaa Allah, kalau guna ‘function’ dan ‘timer’ secara betul, masakan menjadi sempurna dan tidak hangus. Cara membersihkannya juga amat mudah. Jadi, bolehlah di ‘consider’ pada siapa-siapa yang sedang mencari pressure cooker, baik untuk kegunaan sendiri mahu pun sebagai hadiah.
Sekian. Wassalam.
salam Fidah… wahhh bestnya..menyenangkan kerja dgn periuk ni kan.. segalanya mudah… 🙂
Lebih mudah untuk memasak. Memang best 🙂
alat rumah tangga philips pressure cooker tentulah sangat berguna bagi mudahnya pekerjaan membuat hidangan keluarga
Betul tu Mang.
Kerja memasak menjadi lebih mudah
Wah masak rendang tanpa dijenguk
Tidak hangus dagingnya empuk
Sedap pasti bikin rasa gemuk..
Adduh..jangan dibilang gemuk
Nanti hati jadi merajuk 😀
Hmm dengan adanya philips pressure cooker jadi akan semkain mudah untuk memasakan makanan untuk keluarga ya miss 🙂
Sambil memasak, boleh juga membuat kerja2 lain. Jadi, masa menjadi lebih jimat
wah dh dpt presure cooker baru ya mest mood memasak menggebu-gebu rajin sungguh tu..
Memang semangat menggebu gebu dan berkobar kobar. Kalau bole, semua benda nak di masak..hihi
Wah, kalau MV dapat periuk serbaguna macam ni memang seronok juga memasak kan
Best MV..
Lebih bersemangat nak bekerja di dapur
Rasa nak beli juga pressure cooker untuk memasak
Tak rugi kalau beli periuk ni Zumal. Lepas tu..bolehlah ajak kawan2 datang ramai2 makan 😀
Kena kumpul2 dulu.Hehe…
memang sesuai sangatla fidah membelinya..rajin dan pandai masak
saya nie rajin layan media sosial sahaja..dah nak ubah tabiat lagilah lepas nie
Cer beli satu HB. Mana tau boleh jadi pemangkin untuk lebih rajin masak
yalah kan ..lepas ini lebih rajin masak untuk isteri-isteri dan anak-anak.
p/s: saya typo ke apa nie ??
Kan dah banyak chef lelaki..hihi
…..larikkkkk :D:D
Dan akupun baru tahu jika recooker bisa untuk masak selain nasi. Ternyata kini rescooker manfaatnya banyak. Merk Philips, pasti terjamin kualitasnya.
Apa lagi..silakan beli.
Boleh di masak macam-macam
samalah dgn my kakak ni . klu blh semua dia nak masak guna pressure cooker . tapi my kakak guna noxxa … paling win buat sup tulang …
Nak cuba jugak masak sup tulang dengan periuk ni.
Tapi next plan, nak rebus kacang kuda dulu
macam sedap je tu,nak sikit hihi
Beli la Lin. Senang nak masak..
(Eh…sejak bila jadi promoter ni..hihi)
alat-alat modern praktis, mantap..bw dulu ah.
Yang penting, ianya mudah dan sangat menjimatkan masa
Weyh…mak pun mmg tgh sawan tgk periuk ni, tak kiralah Noxxa ke Philips…kalau murah lagi bagus…
Harga pun nampaknya boleh pejam pejam mata jugak tu….
Emmm…masak pun mudah, tunggu camne mimpi esok pagi hihi
Cer mimpi siket mak. Esok boleh beli. Masak lebih siket tau..boleh hanto kat Bangi 😀
Bukan main yer FS banyak percubaan menu tu hihi…
Bila dapat periuk baru, semangat nak masak berkobar kobar..
Harap2 semangat tu boleh bertahan lama 😀
Wah2.. bestnya.. tahniah. Bilalah dpt rasa masakan dari pressure cooker mbak fidah nie.. 🙂 🙂
Datang la rumah…bawak family.
Kot la visit anak yang kat asrama tu, jemputlah singgah..dah tak jauh sangat dr rumah saya.
saya pun dah beli tapi tak guna lagi sb tak tau guna…tq bg resepi
Mula2 nak guna periuk tu wat apa
Mula2 nak guna periuk tu wat apa
Assalamualaikum, nak tanya cara buat rendang tu, saya pun baru nak mencuba guna periuk ni, tapi cam ne nak bagi rendang ni kering ye. Boleh bagi step by step x. Terimakasih
Salam..thanks singgah sini.
Masukkan semua bahan dan tekan 'beef'…tunggu sampai masak atau habis masa yg di auto set.
Lepas tu buka tudung periuk..memang nampak masih berair lagi. Tekan sekali lagi function 'beef'..masak sekali lagi tanpa tutup periuk, agak-agak sampai rendang kering..
Camne nak msk beehoon goreng tu?Nak tekan apa?
Camne nak msk beehoon tu.Mana nak ditekannya