Uncategorized

Ikan Talapia Cili Hijau

Assalamualaikum
Hari ini saya mencuba resipi talapia sambal/cili hijau.
Kebetulan ada ikan talapia fresh dari Sungai Pahang.
Saja nak tepek resipi kat sini. Senang sikit nak refer 🙂

Resipi ini saya ambil dari blog periuk tanah (www.periuktanah.blogspot.my)

Bahan-bahan:

  • 6 tangkai cili hijau
  • 1/2 sudu teh belacan (saya tak guna belacan sebab allergic…huhu)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 asam jawa xtra Adabi
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar cili hijau bersama belacan – Mak tumbuk guna batu lesung aje tadi :). Tapi, bawang dan cili tumbuk asing-asing.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan berbau wangi. Masukkan cili yang telah dikisar/ ditumbuk bersama sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan asam jawa, garam dan gula. Kacau sampai berkilat. Matikan api dan tuang sambal ke atas ikan. Sedia dihidangkan
Nota : Mak tuang sedikit aje sambal kat ikan tu. Banyak-banyak nanti takut si kecik tu tak boleh nak makan pulak, takut pedas..

Mana-mana yang bukan budak kecik, boleh tambah sambal sendiri yang Mak dah hidang dalam mangkuk lain. Tak pedas nanti tak ‘uummpphh’ pulak.

Sekian. Wassalam

17 thoughts on “Ikan Talapia Cili Hijau”

Leave a Reply