Uncategorized

Chemistry Cafe Lab Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum

Semalam, saya sekeluarga telah mencuba jaya makanan di restoran yang tak berapa baru (katanya sudah hampir setengah tahun di buka).

Restoran yang berkonsepkan makmal (lab) ini letaknya di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Hiasan dalamannya memang cantik dan unik. Kesemua pekerjanya juga memakai lab coat. Kira macam makan dalam lab lah 🙂

Komen saya:

MAKANAN: Menu yang disediakan adalah berkonsepkan ala2 western. Goreng pisang atau nasi campur tak ada ya :). Pilihan makanan dan minuman juga agak terhad. Mungkin kerana restoran ini masih baru. Makanannya sedap, tapi portionnya agak kecil. Kalau ‘tangki’ besar, memang tak cukup…hoho

HARGA : Agak mahal kalau dibandingkan dengan kedai makan biasa-biasa. Tapi consider average untuk restoran-restoran yang berkonsep begitu.

KONSEP RESTORAN : Konsep yang unik dan boleh jugalah kalau sesekali nak try restoran baru. Presentation makanan dan minumannya juga unik. Tengok saja bekas air tu…:)

SERVICE :

  • Boleh juga dikatakan separa self-service. Makanan harus di
    order dan dibayar dulu di kaunter. Pekerja restoran atau pelayan akan menghantar makanan ke meja setelah siap. Sebenarnya, saya tidak begitu suka konsep begini kerana seseorang
    pelanggan akan mengambil masa yang agak lama untuk berfikir dan membuat
    keputusan tentang makanan yang perlu di order – terutama pada pelanggan yang
    pertama kali ke restoran ini. Nasib baiklah pelanggannya tidak ramai semalam. Kalau tidak, pasti jenuh juga nak menunggu.
  • Kesemua pekerja dan pelayan restoran adalah ramah mesra dan
    murah senyuman.
  • Penghantaran makanan agak cepat (waktu dari order hingga makanan tiba di meja). Tapi ada masalah juga semalam apabila salah satu makanan
    yang saya order tidak kunjung tiba. Rupanya mereka terlupa untuk
    menyediakannya. Saya rasa ini tidak patut terjadi kerana salinan senarai makanan yang
    saya order ada pada mereka dan tidaklah begitu ramai orang di restoran. Cuba
    bandingkan dengan kedai mamak – order jarang di tulis dan restoran penuh sesak,
    tapi mereka selalunya akan menghantar makanan dengan cepat dan tepat.

Ok. Itu saja review saya untuk restoran ini.
Mungkin kerana ianya agak baru, jadi beberapa penambah baikan sememangnya perlu.
 Sekian. Wassalam.

34 thoughts on “Chemistry Cafe Lab Bandar Baru Bangi”

    1. Pernah juga baca pasal cafe ni..yang di tulis oleh blogger.
      Tempat memang cantik lah..Sebelah menyebelah tu, ada banyak pulak butik2. Terang aje mata Mak..huhu 😀

    1. Memang tak suka cara bayar yang macam tu. Kalau Pak cik2, mak cik2 atau atuk2 & nenek2 datang, boleh ketar lutut nak beratur lama2 tu. Kena lah suruh anak cucu beli..hihi

    1. Compared dengan Secret Recipe, yang ni lagi limited choice. dan tak berapa sesuwai dengan tekak saya yang nak makan nasi nih…haha 🙂

  1. sis, try tak coffee Lady Boss? sedap ooo, saya ada tulis pasal cafe nih di blog saya…memang kena dengan selera sayalah…unik sangat…kalau ada agen2 insurans ke ape ke nak date dengan saya, saya akan cakap date kat sinilah, agen yang bayar hehe…aci tak?

Leave a Reply