Uncategorized

Chap Goh Meh

Assalamualaikum

Mungkin kerana akhir-akhir ini saya bekerja dengan beberapa orang ahli pasukan (baca : team) yang berbangsa cina, jadi banyak juga perkara dan adat resam orang cina yang menjadi topik perbualan.

Chap Goh Meh dirayakan pada malam ke 15 selepas Tahun Baru Cina. Berdasarkan maklumat dari bahan bacaan, ianya adalah satu adat dan bukan upacara keagamaan.

Berasal dari Hokkien, ‘chap goh’ bererti 15 dan ‘meh’ bererti malam. Maksudnya malam ke 15. Malam ke 15 juga bermaksud sudah berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun ini. Pesta ini diraikan dengan menyalakan tanglung dan membakar bunga api. Ada juga yang merayakannya dengan tarian singa atau naga.

Nota : Perayaan Tahun Baru Cina 2016 bermula pada 7 Februari. Di mulakan dengan upacara makan besar pada sebelah petang/malam. Pada malam itu seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama. Pada 8 dan 9 Februari pula adalah hari perayaan sebenar yang dirayakan dengan suasana riang ria dan penuh kemeriahan πŸ™‚

Ada juga adat kepercayaan yang menyatakan malam Chap Goh Meh adalah malam di mana si gadis dibenarkan keluar untuk melontar buah limau mandrin ke dalam laut atau sungai bertujuan untuk mencari pasangan. Si gadis akan melontar buah limau dan lelaki yang bertuah akan mendapat atau mengambil limau tersebut.

Gurauan rakan saya tadi “zaman sekarang lagi bagus kalau orang letak nama dan nombor telefon di kulit limau yang dia lontar. Lagi terbaik kalau dia letak jumlah pendapatan/ gaji bulanan. Senang saya nak pilih limau yang mana, Kak….hihi”

“Uuhhh…dasar mata duitan $$$$. Habis tu, malam ni, nak tunggu limau kat sungai mana?”

“Dekat swimming pool, Kak…hahaha”

“???????…iiisshhkk..budak ni”

Sekian. Wassalam

Baca juga : Karaktor mengikut kalender lunar cinaΒ 

Sumber: Pelbagai

9 thoughts on “Chap Goh Meh”

  1. Bermacam-macam adat dan budaya ya miss selain kemarin ramai dengan perayaan Tahun Baru Cina sekarang mau ramai lagi dengan perayaan Chap Goh Meh hihi tapi semua itu harus saling menghormati satu sama lain ya miss fidah πŸ™‚

  2. SESEKALI BERAYA CNY SAKAN MRK BERGMBIRA HINGGA HARI KE 15 DGN PLBGAI ACARANYA…MASA BERKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH PULA..KAGUM JATI DIRI MRK..

Leave a Reply