Apa itu wayar bumi (earth)?
Wayar bumi adalah wayar yang disambungkan ke bumi bagi mencegah dari berlakunya kejutan elektrik. Dengan kata lain, sambungan wayar ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan bagi melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan arus elektrik ke bumi.
Wayar bumi ini berwarna hijau atau hijau berjalur kuning.
Kisah bermula semalam, apabila menyedari water heater yang di pasang di bilik mandi anak saya tidak mempunyai wayar berwarna hijau.
Saya bukanlah seorang kontraktor, electrical engineer mahupun wireman. Tapi, berdasarkan pelajaran yang saya dapat dari kelas sains dan juga mata pelajaran kemahiran hidup semasa tingkatan 3 di sekolah dulu, saya tahu wayar ini sangat penting.
Ini yang buat akak rasa nak terkilan sangat kontraktor yang buat renovation rumah hari itu. Kalau ya pun nak buat kerja cepat, janganlah sampai mengabaikan keselamatan orang lain.
Itu baru wayar untuk water heater, belum lagi pendawaian elekrtik lain yang telah dibuat hari tu.
Kontraktor tu di pilih pun atas alasan nak support business orang melayu. Usahawan bumiputera. Sedih pun ada.
Tolonglah fikirkanlah tentang keselamatan saya dan keluarga.
Dan..sekurang-kurangnya jalankanlah amanah sebagai seorang Islam yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang Islam yang lain.
Saya dah bayar segala kos mengikut perjanjian yang ditetapkan (kecuali beberapa % terakhir) – mula-mula rasa nak settlekan semua. Tapi, bila dah jadi macam ni, terpaksa juga tangguhkan last payment sampai semua kerja selesai.
Tu aje cerita akak hari ni.
Dan…hati masih risau tentang pendawaian elektrik yang ditambah semasa renovation hari tu dan dinding mana lagi lah nak kena tebuk untuk ‘pembetulan’ wayar-wayar yang telah dipasang….aduhai
Sekian. Wassalam.
wayar bumi memang penting….untuk setiap rumah..
Betul tu Yan..apa2 pun keselamatan keluarga paling utama.
HMM WAYAR BUMI KALAU XDER PAYAH TU..KALAU PETIR KILAT YG TERUK LETRIK DGN SENDIRI OFF. KENA DPTKAN KHIDMAT ELETRICIAN BERTAULIAH TU FIDAH…
Itulah masalahnya. Hari tu kontraktor tu kata, dia guna certified wireman. Kalau macam ni lah..memang kena check dan verify balik semua kerja2 dia..
Thanks Kak Paridah.
benda nie mesti betul betul verify..jika tak sesuai akak (saja je) boleh sesiapa atau keluarga yang mahir dalam pendawaian..
lepas tu boleh kompen kerana hak sebagai pengguna..
soal keselamatan tiada kompromosi..
Harus dipastikan selamat oleh orang yg berkemahiran.
Ianya menjadi susah jika kena check dan betulkan semula pendawaian yg telah dibuat.
Memang tiada kompromi untuk apa2 yg berkaitan dengan keselamatan keluarga saya.
Takde wayar bumi mmg sgt bahaya… dah bnyk kejadian2 berlaku. Moga dpt diselesaikan sebaiknya dgn selamat.
Salam tahun baru 2016. Semoga terus sukses sekeluarga… aamiin… 🙂
Thanks Khir..
Selamat tahun baru. Moga thn 2016 lebih suksess. Sorry belum sempat ke sana. Rumah baru x de wifi…jadi pergerakan slow siket 😀
wayar bumi bahas istilahnya anti elektrik sperti serangan petir bu, benarkah ?
waya bumi memang sangat diharuskan disetiap instansi atau diperumahan ya mb, gunanya salah demi mengamankan laluan arus elektik 🙂
Rindu masa jadi Electrical Engineer dulu. Hehe.
Biasa la bisnes bumiputera, cincai walaupun bukan semua begitu..
mmg sakit hati lah mcm tu . lagilah rumah baru , kena tebuk sana sini sbb pasang tak betul … grrrr
Sekarang nie banyak peralatan elektrik tanpa wayar bumi, tak pasal2 kita menanggung risiko kan
Ada juga yang buat kerja wiring jalankan pendawaian macam tu sampaikan wayer bumi/hijau pun tak dibubuhnya. Ini perlu diperbaiki kembali dengan segera pendawaian tersebut.
Jom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX
Sangat la bahaya kan kalau tidak dipasang wayar bumi ni
Wayar bumi
Membuat aku berpikir cari arti
Ternyata wayar itu kabel dalam bahasa kami
Hihihi baru ngerti…
Saya ni padah takut nak pasang water heater dlm rumah FS sejak ada kes kontraktor kena renjatan. Apa pun tu semua dah tertuliskan….
Eloklah sangat hold payment dia tu FS sebelum semuanya selesai…
kerja2 wiring ni ada sesetengah pihak mcm acuh x acuh je. plg kesian rumah da siap tp wiring terbengkalai. apa dia igt kita ni gn pelita lg ke? ggrrrr
bahaya tu kalau abaikan aspek keselamatan begitu..
Bagi yang mau repe wayar elek trik hubungi saya 0102229060
Mcm mna nak pasang rod tembaga ke BD???