Uncategorized

Mawar Tepi Jendela

Assalamualaikum

Inilah aktiviti Akak pagi ni…beriya beli beberapa pokok bunga mawar untuk diletakkan di tepi tingkap bilik.
Moga rupa paras dan aromanya akan menyerikan bilik ini.
Yang paling penting, moga pokok ini membesar dengan sihat dan panjang umur…aamiin.

Sebenarnya, saya masih mencari pokok bunga mawar berwarna merah dan putih yang saiznya lebih kurang macam yang ada kat gambar tu. Kalau dapat yang warna unggu (baca : purple) lagi baik. Mak cik penjual bunga tu tadi kata, ada bunga mawar warna purple, tapi sebab dia ada 1 pokok aje, dia tak jual.

Ok. Itu saja update hari ini.
Wassalam.

36 thoughts on “Mawar Tepi Jendela”

  1. wah cantiknya kalau rajin potong batangnya n semai lagi…caranya buang kulit pangkal setengah inc n semai dlm tanah padat…mudah tumbuhnya.

  2. Assalamu'alaikum Fidah.. ape kabar? lama tak kesini..
    semangat berblog merundum giler.. ni baru cuba nak pupuk balik.. Nurul pun suka bunga mawar tapi malasnye tu lebih skit.. hahaa.. ok2, akan cuba rajin 2016 ni :p

  3. masya Allah, cantik sangat bunga mawarnya.. full color.
    Request .. black rose 🙂

    Semoga bertahan hingga bunganya beranak-pinak.
    Menyejukkan mata jika dipandang, harum mewangi.

    Penghuni rumahnya pun rasa indah, bahagia.

    1. Alhamdulillah…i love all colours. Cuma yang warna merah saya belum jumpa.
      Moga jadi penyeri tingkap bilik saya, ditambah lagi dengan aromanya yang wangi.

  4. Antara fungsi mawar yg saya baru tau ialah, ia mampu menyerap aura negatif sekelilingnya. So kalau mawar tu mati bila ditanam bermakna gelombang negatif bnyk di situ… bela yg baru… kalau mati lagi.. bela lagi yg baru sampai ia subur. Maknanya gelombang negatif tu dah di nuteralkan.. (sains tu).. 😀

Leave a Reply