Uncategorized

Masih Adakah Bantuan Biasiswa?

Assalamualaikum.

Bila keadaan ekonomi semakin meruncing, apa-apa pun boleh terjadi.
Memang kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Bila bercerita tentang kos pendidikan anak, memang sudah menjadi semakin mahal. Ketika membayar yuran sekolah (tadika) dan membeli barang keperluan sekolah (tingkatan 1) anak-anak saya sebelum buka sekolah tempoh hari, terasa jugaklah. Itu belum lagi kos untuk belajar diperingkat lebih tinggi.

Kalau dulu, bantuan biasiswa ada disediakan bagi pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran, namun, untuk beberapa ketika atau beberapa tahun nanti, tak tau lah macam mana.

Terkejut juga baru-baru ini bila mendengar khabar tentang JPA hendak memberhentikan bantuan biasiswa kepada para pelajar. Mujur berita itu dikatakan tidak tepat dan pihak kerajaan sedang mengkaji tindakkan terbaik yang harus dilakukan…mudah-mudahan….

Di zaman saya belajar dulu, masih ada lagi alternatif mencari pihak penaja atau bantuan biasiswa dari syarikat-syarikat gergasi atau nama-nama besar seperti Pertonas, Shell, Telekom dan sebagainya. Tapi, untuk beberapa ketika nanti, masih adakah lagi bantuan biasiswa seperti ini?

Selain dari berdoa dan berharap agar bantuan kewangan untuk pendidikan tetap ada dan diteruskan, pilihan lain yang tinggal ialah membuat tabungan. Ibu bapa haruslah menyimpan wang dan terus menyimpan. $$$$$$
Kalau yang berkemampuan, boleh juga membuat/membeli pelan insuran pendidikan untuk anak. Tapi, kalau yang tidak berkemampuan…entah bagaimana lah agaknya 🙁

Kasihan bila mengenangkan generasi akan datang. Moga peluang untuk mendapat bantuan kewangan (untuk belajar ke peringkat tertinggi) tetap ada, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana (low to middle income group). Namun begitu, pasti kos perbelanjaannya akan terus meningkat (mengambil kira faktor inflasi dan entah apa lagi jenis perbelanjaan di masa hadapan). Dengan yuran pelajaran, kos tempat tinggal, belanja makanan dan sebagainya. Itu belum lagi kos-kos lain seperti buku, komputer, bahan-bahan untuk projek/kertas kerja serta macam-macam lagi. Nak komen lebih-lebih pun…eeerrmmmmm

Moga segalanya akan dipermudahkan…

Sekian. Wassalam.

Gambar: google & FB

33 thoughts on “Masih Adakah Bantuan Biasiswa?”

  1. semoga kabar tentang JPA yang hendak memberhentikan beasiswa itu hanya hoak, bagaimanapun para siswa tersebut adalah tunas-tunas bangsa yang wajib dibekali dengan ilmu

  2. kesian kan akan generasi akan dtg.. especially tuk anak2 kita nanti. Mak pak tak kaya…camana nak tampung pembelajaran depa nanti.. apakah kesudahan impian mereka.. sedih !

    1. Moga mudah lah anak2 kita nak dpt bantuan nanti. Bukan nak kata kita manja..tapi kita bayar cukai jugak kot. At least..adalah jugak pulangan..huhu

    2. kannn… makin ramai bijak pandai akan kelaut masa depannya, kalau nasibnya tidak dibela dari sekarang kan…

      Insya Allah.. Mudah-mudahan nasib depa akan terbela nanti..Amin

  3. beasiswa memang sangat dibutuhkan oleh masyarakat, tak cuma di Malaysia, juga di Indonesia. Mungkin sekarang anak-anak kita harus bersaing untuk mendapatkannya ya Mbak Fidah.

    Oh ya, terimakasih sudah bw ke blog saya. Lama saya tidak bw karena fokus nulis konten. Soal maaf itu, tentu tak ada yang perlu dimaafkan. Bukan begitu 🙂
    Happy blogging

Leave a Reply