Islam Dan Persepsi




 
Assalamualaikum
 
Perasaan tidak peduli pada sekeliling juga akan menjadikan tiadanya perasaan timbang rasa. Apa lagi kalau ianya berlaku di kalangan umat Islam. Yang lebih teruk, ianya akan menimbulkan persepsi yang buruk kepada orang bukan Islam tentang umat Islam.
 
 
Antara contoh-contoh kecil yang biasa kita lihat.
 
Situasi 1
Seorang ibu yang sedang sarat mengandung menaiki LRT. Kerana begitu banyaknya penumpang, ibu tersebut terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk. Ada beberapa orang wanita bertudung sedang duduk bermain handphone dan sekali sekala melihat ibu mengandung yang sedang berdiri tadi dengan perasaan tidak peduli. Ada juga beberapa orang lelaki melayu (mungkin juga beragama Islam) sedang berpura-pura tidur bila melihat ibu mengandung tadi berdiri.
 
 
Situasi 2
Ketika sedang memandu kereta dan ‘beratur’ untuk memasuki jalan simpang kecil, kelihatan sebuah kereta yang dipandu dengan laju tiba-tiba memotong barisan (Q). Di belakang cermin kereta tersebut juga terlihat begitu banyak ayat-ayat kalimah suci. Pemandunya juga kelihatan bersongkok aji kemas.
 
 
Situasi 3
Di sebuah pejabat, satu mesyuarat (baca: meeting) sedang berlangsung. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh seorang ketua yang sangat dihormati kerana ‘alimnya’. Ahli mesyuarat juga terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Kerana begitu banyak agenda yang perlu dibincangkan, meeting itu telah berlangsung dari pukul 3 petang hingga ke pukul 7.30 malam. Ketika waktu sudah hampir ke senja, ada ahli mesyuarat yang mencadangkan supaya mesyuarat tersebut diberhentikan sebentar untuk membolehkannya dan ahli mesyuarat yang lain bersolat Asar, namun permintaannya tidak diendahkan.
 
Begitulah antara beberapa situasi yang kita dapat lihat dan mungkin dianggap biasa.
Semoga kita menjadi orang yang perihatin pada keadaan sekeliling, mempunyai sikap timbang rasa serta memberi gambaran yang baik tentang Islam yang sebenar.
Wallahu’alam.
 
Sekian. Wassalam.

12 thought on “Islam Dan Persepsi”

  1. Syahran Syah says:

    Assallammuallaikum..terima kasih atas sharenya boss..hee

  2. Iya betul kalimat yang Fidah kandung
    Belum tentu wanita bertudung
    Memiliki hati agung

    Begitu juga pria alim
    Belum tentu hatinya muslim
    Walau mengaku islam tapi kebaikannya masih sangat minim…

  3. persepsi yang dibentuk harus betul, dan ykita juga harus pastikan kita hantar signal yang baik supaya persepsi orang baik terhadap kita

  4. Hero Borneo says:

    sikap kita terlalu mementingkan diri sendiri dan tiada rasa untuk kasihan dengan orang lain…mari menginsafi diri

  5. Khir Khalid says:

    Ramai dari kita yg tau cakap tapi tak amalkannya. Berbudi bahasa budaya kita, tp kdg2 dlm hal civic ni, bangsa dan agama lain lebih prihatin… wallahualam…

  6. Dunia Zumal says:

    Sikap orang negatif macam nie buat pandangan orang luar jadi negatif pada Islam

  7. Qaseh Vee says:

    teringat my kakak yg selalu diberi tempat duduk dlm lrt krn mrk fikir my kakak mengandung . utg juga kan …

  8. Mummy Julia says:

    Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. 🙁

  9. jgnlah kita jadi diantara mereka …

  10. aRz MoHa says:

    benar.ramai memakai pakaian Islam tetapi tidak mengamalkan Islam secara sepenuhnya

  11. makin jauh saja muslim di zaman ini

Leave a Reply

Related Post