walaupun pada masa itu sudah banyak produk akaun simpanan yang patuh Shariah di tawarkan oleh bank-bank yang berkonsepkan Islam. Mengapa akaun simpanan yang sebegini i.e FD (dengan kadar keuntungannya dalam 2% ke 4% bergantung pada maturity period) masih tidak dapat menarik minat orang Melayu atau orang Islam?
Jawapan saya pada masa itu mungkin kerana orang Melayu lebih suka simpan duit dalam ASB (amanah saham bumiputera) atau mana-mana amanah saham yang lain. Mana tidaknya, ASB menjanjikan dividend sehingga 8%. Capital protected lagi. Maksudnya wang simpanan kita tidak akan hilang. Tunggu hasil dividen saje..huhu. Selain daripada itu, Tabung Haji juga menjadi pilihan. Selaras dengan penubuhannya untuk membantu umat Islam menunaikan fardu haji dengan simpanan tanpa riba’, institusi ini menawarkan pulangan yang agak tinggi (sekitar 5% setelah ditolak zakat – pada masa itu). Antara sebab lain adalah kerana prosesnya lebih mudah. Simpanan boleh dibuat melalui bank-bank yang menjadi agen atau boleh juga dibuat melalui potongan gaji. Lagipun, pendeposit tidak perlu untuk sentiasa mengkaji keadaan ekonomi dan pasaran semasa bagi memastikan pelaburan atau simpanan mereka selamat dan memberi keuntungan kerana semuanya dijamin oleh kerajaan (in Shaa Allah). Maka tidak hairanlah melabur di ASB dan menyimpan di Tabung Haji tetap menjadi pilihan dan berada di hati orang Melayu dari dulu.
Tapi sekarang?
Semoga ASB dan Tabung Haji tetap akan meningkatkan prestasi dan integritinya sebagai institusi yang menjadi pilihan serta mendapat kepercayaan orang-orang Melayu.
Sekian. Wassalam.
nampak kedua-dua badan kewangan yg dipercayai org Melayu la ni bermasalah pula ya..ntahlah fidah
Harap semuanya nanti akan terus diperbaiki dan mendapat kepercayaan semula.
dengan niatan yang suci ingin menjadi haji, tabungan di ASB atau dimanapun semoga berkah
Moga segalanya beroleh keberkahan dan akan dilindungi dari segala unsur-unsur yang tidak baik.
kesian org Melayu..hadis Rasulullah itu benar mgenai 15 tanda malapetaka akan brlaku…
Sedih…dan hampir kesemua orang melayu adalah beragama Islam
ASB dan tabungan haji semoga keduanya bisa menjadi kercayaan semua umat dan di berkahi 🙂
Ya…moga semuanya beroleh keberkatan..aamiin
Aamiin Wida.. 🙂
Aamiin.. 🙂
Dulu ada Bank Bumiputera… skrng dah tak de…
Tau tak pe 🙂
ASB boleh beri keuntungan yang bagus sekiranya kita simpan buat masa lama dan tidak keluarkan duit itu dengan sesuka hati saja.